Najib masih bergelar Datuk Seri

Ketika di zaman kegemilangan, Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Rosmah Mansor

Mohd Najib Tun Abdul Razak masih kekal dengan gelaran Datuk Seri walaupun tiga negeri, iaitu melalui Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah menarik balik darjah-darjah kebesaran yang membawa gelaran itu.

Ini kerana lapan negeri lain (termasuk Wilayah Persekutuan melalui Yang di-Pertuan Agong) yang turut mengurniakan darjah-darjah kebesaran itu sebelum ini masih belum berbuat demikian.

Menurut rekod, terdapat dua buah negeri, iaitu Johor dan Terengganu menerusi Sultan masing-masing, tidak pernah mengurniakan darjah-darjah kebesaran bergelaran kepada Najib.

Dengan itu, isteri rasmi Najib kekal bergelar Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain bergelar sempena menjadi isteri Najib, Rosmah juga menerima pelbagai darjah kebesaran dari berbagai negeri melalui Sultan dan Yang di-Pertua Negeri. 

Menurut rekod, antara darjah kebesaran tertinggi yang pernah diterima Rosmah Mansor ialah DK Pahang. Darjah kebesaran DK pada kebiasaannya, diterima oleh Raja-Raja Melayu.

Gambar dipetik dari blog OutSyed The Box 

Dalam satu hantaran semalam penulis blog OutSyed The Box Syed Akbar Ali berpandangan penarikan balik darjah-darjah kebesaran adalah satu precedent atau contoh yang baik (uswatan hasanah) oleh ketiga negeri itu, iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Maksudnya mereka ingin mempertahankan imej dan kebesaran pingat darjah Datuk dari negeri mereka.  Mereka ingin menjaga 'standard' lah," kata Syed Akbar. 
Syed Akbar Ali seterusnya menulis:

"Tahniah diucapkan kepada DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Sultan Selangor dan TYT Gabenor Pulau Pinang atas tindakan yang bijak dan berhikmah ini.

"Saya harap ia akan menjadi norma bagi mana-mana negeri membatalkan anugerah pingat darjah kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah oleh Mahkamah atas perbuatan jenayah, 

"Selain tiga negeri itu Johor dan Terengganu tidak pernah anugerah sebarang pingat darjah Datuk kepada Najib," kata penulis blog yang mempunyai lebih 92 juta pengunjung itu.

Beliau turut berharap negeri yang lapan lagi akan mendapat ilham yang lebih baik. 


Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.


End©Permadu


 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpel
ihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak