Bantuan tunai RM500 untuk isi rumah pendapatan bawah RM2,500
Muhyiddin Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Muhyiddin mengumumkan isi rumah pendapatan bawah RM2,500 akan menerima bantuan RM500 pada hujung Jun nanti. Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 - RM5,000 pula akan terima bantuan RM300 manakala golongan bujang akan menerima RM100. Dalam pada itu, seramai 2 juta belia, penuntut IPT pula layak mendapat kredit RM150 menerusi program e-Belia yang pendaftarannya dibuka esok. Bantuan khas one-off RM500 akan diberikan kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing. Dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia ● 2021 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami +6011 1185 9874 atau permadu@gmail.com Kumpulan Permadu Media Blog Permadu Malaysia Facebook ...