Penggambaran "Raja Adil Raja Disembah, Raja Korup Raja Dipecat" ditunda lagi

Drama percintaan klasik antara dua insan

Sutradara Haji Roslan Rani
...tegas dan serius ketika mengarah drama

PENGGAMBARAN sebuah drama bersiri untuk bersiaran di youtube terpaksa ditunda lagi buat kali kedua kepada suatu tarikh yang akan ditentukan selepas bulan Ogos tahun ini.

Demikian menurut pengarah drama berjodol "Raja Adil Raja Disembah, Raja Korup Raja Dipecat", sutradara Haji Roslan Rani.

Drama pendek bersiri 28 episod berdurasi sepuluh minit setiap episod itu sepatutnya dijadualkan memula penggambaran seawal April, 2020, namun ditunda ke Januari tahun ini disebabkan pandemik Covid-19.

"Sukar untuk menjalani penggambaran di musim pandemik apabila kita terpaksa mematuhi SOP," kata Haji Roslan yang turut berlakon dalam drama tersebut.

Sebagai contoh, katanya, beberapa adegan romantis hero lakonan pendatang baru Hairudin Harun, berbual mesra sambil berpelukan dengan Farah, watak pelakon utama wanita, tidak dapat dilakukan atas faktor SOP penjarakan sosial yang mesti dipatuhi.

Haji Roslan menambah, drama terbitan Permadu Pictures ini turut memaparkan beberapa adegan pertarungan penuh aksi antara hero dan watak-watak jahat, salah satunya ketika hero cuba menyelamatkan heroine dari diperkosa.

Hairudin Harun, seorang pensyarah universiti, dipilih sebagai pelakon utama selepas berjaya dalam sesi audition menewaskan 18 calon lain.

"Dia sungguh berbakat dan juga punya kemahiran persilatan Melayu," jelas Haji Roslan dengan penuh yakin.

Mengenai pelakon utama wanita pula, katanya, Permadu Pictures menampilkan seorang artis terkenal, namun namanya masih dirahsiakan atas sebab "strategi pemasaran".

"Saya perlu keadaan selesa untuk mengarah drama ini... selepas berbincang, produser bersetuju untuk menangguhkan projek ini ke satu tarikh selamat selepas PKP, pandemik Covid-19 dan darurat berakhir," katanya.

Ditanya mengapa drama ini memilih tajuk yang panjang, kontroversi dan agak sensitif, ini penjelasan Haji Roslan:

"Sebenarnya, tiada apa yang sensitif pun. Untuk hiburan semata-mata. Drama ini mengisahkan watak utama, Raja Amirul (lakonan Hairudin) yang menjadi CEO sebuah syarikat swasta.

"Raja Amirul seorang lelaki muda yang baik hati, pandai mengambil hati pekerja dan suka menolong orang susah yang memerlukan. Atas kebaikannya, dia disanjung para pekerja dan masyarakat setempat, lalu terlalu diagungkan, dilayan seperti seorang raja.

"Malangnya, dalam diam Raja Amirul mengamalkan salah guna kuasa dan korupsi untuk kepentingan peribadi sehingga syarikat hampir jatuh bankrap. Ini membuatkan para pekerja tak dapat gaji dan Lembaga Pengarah menjadi marah dan berusaha menyingkirkannya.

"Terdapat satu adegan para pekerja berdemonstrasi di hadapan bangunan pejabat sambil melaungkan slogan: Raja adil raja disembah, raja korup raja dipecat!

"Berjayakah kekasihnya Farah (watak utama) menyelamatkan Raja Amirul dari kancah durjana?

"Itu kena tonton drama bersiri sampai habislah...," kata Haji Roslan sambil ketawa mengakhiri perbualan.

Sutradara yang berasal dari Terengganu itu ditemubual wartawan Permadu Malaysia sejurus selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup selama lebih dua jam dengan pelakon utama wanita untuk sesi pemahaman dan penghayatan skrip di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com


Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain

Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. drama melayu filem melayu haprak.director expectation very low.hasilnye actor tak berbakat.nangis pun tak tau nangis,marah pun tak tau marah,terperanjat pun tak tau peranjat,Yang hebat dulu P ramlee nye filem.Kalau skg tengok filem tamil lagi baik

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids