M DAUD KILAU BAKAL TERIMA KERUSI RODA OKTOBER INI
Derita M Daud Kilau dapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat KEADAAN penyanyi veteran, M. Daud Kilau ketika ditemui wartawan Utusan di kediamannya di Sungai Balai Baru semalam. (Gambar ihsan dari UTUSAN/ AIN SAFRE) Akhbar Utusan Malaysia semalam menyiarkan berita penderitaan kesihatan yang dialami penyanyi veteran M Daud Kilau . Mengidap kencing manis, kebas kaki dan beberapa komplikasi, Raja Gelek Malaysia memberitahu Utusan mengenai kehilangan pendapatan sejak empat tahun lalu atas sebab kesihatan. Malaysiakini turut menyiarkan kisah M Daud Kilau hari ini. Portal itu menarik perhatian penyanyi berusia 82 tahun itu mengharapkan sesiapa atau mana-mana pihak dapat meminjamkan kepadanya sebuah kerusi roda elektrik. Menambah sebak, penyanyi lagu hits Sireh Pinang dan Cek Mek Molek itu berkata pemilik kerusi roda yang dipinjamkan kepadanya boleh mengambil kembali kerusi roda tersebut selepas beliau meninggal dunia. Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan M...