WAN AZIZAH BAKAL PM-8?
Dr Wan Azizah Wan Ismail |
SEPERTI sudah diketahui umum, malam ini, Jumaat, 21 Februari 2020, akan berlangsung mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) melibatkan pemimpin-pemimpin kanan empat parti komponen gabungan tersebut iaitu PKR, DAP, PPBM (Bersatu) dan Amanah.
Lebih menarik lagi, sebelum mesyuarat tersebut, satu sesi pra-mesyuarat akan diadakan pada jam 8.30 malam melibatkan enam pemimpin tertinggi dan paling kanan empat parti komponen berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka dipilih sebagai pengganti untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-8.
Selain memiliki personaliti baik dan menarik, pengalaman 22 tahun dalam politik boleh menjadikannya pemimpin matang dan sejahtera.
Beliau disenangi semua pihak dalam Harapan serta memiliki ciri-ciri berprinsip serta ketegasan yang jelas.
Wan Azizah boleh memberi keyakinan awam bahawa beliau bukan boneka kepada suaminya, Anwar Ibrahim serta sebagai pengimbang paling sesuai antara DAP, golongan pro-Anwar dan pro-Mahathir.
Trend juga menunjukkan pencalonan Wan Azizah mendapat restu dan persetujuan Dr Mahathir.
Trend juga menunjukkan pencalonan Wan Azizah mendapat restu dan persetujuan Dr Mahathir.
Jika ini benar-benar berlaku, Wan Azizah bakal mencipta rekod sebagai perdana menteri wanita pertama Malaysia.
Selain Azizah, Lim Kit Siang dan Muhyiddin Yassin adalah nama yang disebut-sebut sebagai calon perdana menteri kelapan.
Selain Azizah, Lim Kit Siang dan Muhyiddin Yassin adalah nama yang disebut-sebut sebagai calon perdana menteri kelapan.
Mereka yang bakal bermesyuarat dalam pra-mesyuarat adalah pengerusi Harapan Dr Mahathir Mohamad, presiden PKR dan ketua umum PH Anwar Ibrahim, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, presiden Amanah Mohamad Sabu, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan presiden gabungan itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sumber dalaman PH berkata kebiasaannya sebelum ini, Wan Azizah tidak pernah hadir pra-mesyuarat. Tetapi, kali ini Dr Mahathir mahu timbalan perdana menteri itu menghadirinya.
"Saya percaya pra-mesyuarat ini akan membincangkan peralihan kuasa dan isu lain yang berkaitan. Jadì Mahathir mahu dìa ada dalam pra-mesyuarat ini.
"Mahathir menganggap beliau (Wan Azizah) sebagai faktor penting di sebalik pembentukan gabungan Harapan," Malaysiakini memetik sumber tersebut sebagai berkata, dengan syarat identitinya tidak didedahkan.
Minggu lalu, Anwar Ibrahim berkata mesyuarat majlis presiden ini akan memuktamadkan peralihan kuasa antara Mahathir dan beliau. Kali terakhir majlis ini mengadakan mesyuarat adalah tiga bulan lalu.
Sebelum ini, pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata Harapan sepatutnya turut membincangkan isu peranan Mahathir selepas bersara, kedudukan Anwar sebelum menjadi perdana menteri dan siapa yang akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Selain enam pemimpin tertinggi, sumber berkata terdapat 19 lagi pemimpin paling kanan dari empat parti komponen berkenaan dijadualkan hadir ke mesyuarat majlis presiden sejurus selepas pra-mesyuarat selesai.
Mereka adalah:
PKR – timbalan presiden Azmin Ali, naib-naib presiden Tian Chua dan Dr Xavier Jeyakumar, juga setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail dan Saifuddin Abdullah, ketua setiausaha Harapan dan Zuraida Kamaruddin atas kedudukannya sebagai ketua wanita Harapan.
DAP – pengerusi kebangsaan Tan Kok Wai, timbalannya Gobind Singh Deo, naib pengerusi M Kulasegaran, setiausaha penganjuran Anthony Loke Siew Fook dan ahli jawatankuasa Lim Kit Siang.
Bersatu – timbalan presiden Mukhriz Mahathir, setiausaha agung Marzuki Yahya, ketua wanita Rina Harun dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ketua pemuda Harapan.
Amanah – timbalan presiden Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa Hatta Ramli dan Husam Musa serta ketua penerangan Khalid Samad.
Sementara itu, pembatalan lawatan rasmi Mahathir ke Laos hujung minggu ini telah menyemarakkan spekulasi bahawa sesuatu yang besar akan berlaku.
Seorang pembantu perdana menteri berkata lawatan tersebut dibatalkan kerana sesuatu di luar jangkaan dan terdapat pertindihan jadual.
Dr Mahathir Mohamad, pengerusi Pakatan Harapan |
Comments
Post a Comment