Akbar Nawab mendiam diri, tak suka susahkan orang bila ada masalah
Tan Sri Ah mad Nawab tetap mempertahankan legasi seni biarpun bapa dan dua adiknya kini sudah meninggal dunia. Gambar NSTP oleh Saifullizan Tamadi Akbar Nawab meninggal dunia semalam, Jumaat Allahyarham Akbar Nawab, adik Ahmad Nawab Akhbar Berita Harian memetik pencipta dan penggubah lagu ulung negara, Tan Sri Ahmad Nawab sebagai berkata adiknya, Akbar Khan, 86, lebih dikenali sebagai Akbar Nawab, seorang yang suka mendiamkan diri, apabila menghadapi sesuatu masalah, termasuk masalah kewangan. "Arwah Akbar dulu bekerja dengan saya dalam syarikat rakaman, kemudian bila sudah berhenti, arwah hasilkan sendiri lagu-lagu dan banyak juga lagu arwah dalam piring hitam," katanya. Berkongsi lanjut mengenai arwah, Ahmad Nawab berkata, adiknya seorang yang tidak banyak berkongsi masalah. "Arwah tak beritahu orang kalau sakit. Arwah suka cakap okay sahaja. Sekiranya ada masalah duit atau sebagainya, arwah tak berkongsi dan tak suka minta tolong orang. "Beliau sendiri selesaika...