Mahkamah tolak, PRK Nenggiri diteruskan


Media melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan meneruskan pengumuman tarikh pilihan raya kecil DUN Nenggiri semalam.

Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi bekas Adun Nenggiri Encik Mohd Azizi Abu Naim bagi menangguhkan pengumuman tarikh PRK di DUN berkenaan.

Azizi memohon perintah sekatan sementara untuk mengekalkan status quo antara parti sementara menunggu keputusan tuntutan mahkamahnya mencabar kesahihan penamatan keahlian partinya, yang menyebabkan kerusi DUN Nenggiri di Kelantan kosong. 

Pesuruhjaya Kehakiman Puan Roz Mawar Rozain pada semalam menafikan permohonan injunksi Azizi selepas lebih dua setengah jam mendengar hujahan yang bermula pada 4.30 petang.

Roz Mawar berkata SPR tidak boleh dinafikan daripada menjalankan tugas perlembagaannya, termasuk mengadakan mesyuarat dan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil. 

Mahkamah memutuskan Azizi masih boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu dan menetapkan 28 Ogos depan untuk mendengar permohonan injunksi sebenar. 

Di bawah undang-undang, injunksi ad-interim bertujuan untuk mengekalkan status quo sementara menunggu pendengaran permohonan injunksi sebenar. 

Kelmarin, Azizi memohon perintah injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang pilihan raya kecil daripada diadakan di kerusi DUN Nenggiri, Kelantan. 

Pemecatan daripada Bersatu tidak sah  

Azizi memohon perintah untuk mengekalkan status quo antara parti, sementara menunggu pelupusan saman pemulanya bukan sahaja terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, tetapi juga dua pemimpin tertinggi Bersatu - Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin. 

Azizi memohon perisytiharan mahkamah bahawa artikel 10.5 dibaca bersama 10.4 dan 10.6 perlembagaan parti politik itu melanggar hak Parlimen untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan kebebasan berpersatuan.  

Dia berhujah bahawa pemecatannya daripada Bersatu adalah tidak sah, dan pengisytiharan speaker Kelantan bahawa kerusi Nenggiri kosong adalah terbatal dan juga tidak sah. 

Bersatu pada 12 Jun lalu, memaklumkan kepada speaker negeri bahawa keahlian Azizi telah ditarik balik dan sekali gus kerusi Nenggiri adalah kosong. 

Azizi, yang juga ahli parlimen Gua Musang antara tujuh ahli parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka kerana menyuarakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Selain Azizi, mereka yang lain turut dipecat itu adalah ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). 

Azizi bertanding di bawah tiket PAS mewakili gabungan Perikatan Nasional pada pilihan raya umum dan negeri lalu.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies