Najib akan ditukar dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah?

Dari Dewan Rakyat (Parlimen) di Kuala Lumpur, portal berita dari media arus perdana Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mahu kerajaan menjelaskan jika wujud lampiran rayuan penukaran tempat tahanan seorang lagi bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

Katanya, beliau difahamkan wujud lampiran supaya bekas perdana menteri itu ditukarkan tempat tahanan sewaktu membuat rayuan pengampunan.

“Saya difahamkan ada lampiran supaya dia ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah, dan difahamkan ada di dalam petisyen permohonan.

“Jadi soalan saya, apakah ini benar atau tidak? Kalau benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan dan apakah keputusannya?” soalnya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu yang ditahan di Penjara Kajang.

Dengan pengurangan separuh hukumannya itu, Najib dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028 manakala denda yang perlu dibayar oleh Najib ialah sebanyak RM50 juta. Jumlah asal yang diputuskan mahkamah sebelum ini ialah RM210 juta.

Bagaimanapun, jika bekas presiden UMNO itu gagal membayar denda tersebut dia perlu menjalani tempoh penjara tambahan selama setahun lagi.

Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

Susulan itu, dia dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies