Posts

Showing posts from February, 2024

Dengar khabar rangkaian pasar raya Ebit Lew ditutup berperingkat

Image
Akhbar popular Bahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di media sosial kecoh satu notis yang tular mendakwa cawangan kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, hartawan, dermawan dan ahli perniagaan Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu. Menurut portal berita akhbar berkenaan, Kosmo! Online , notis tersebut didakwa dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. serta dikatakan ditujukan kepada pembekal premis itu yang menggunakan jenama berkonsepkan nama pemiliknya. “Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn. Bhd. akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari. “Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” menurut notis tersebut yang bertarikh 15 Januari. Bagaimanapun, tinjauan pada laman web Elews Mart Sdn. Bhd. tidak dipamerkan notis tersebut. Dalam masa sama, Facebook dan Instagram rasmi Elews Mart juga suda...

Yang didakwa menerima didakwa, adakah yang memberi juga akan didakwa?

Image
Sebelum ini pernah berlaku kes melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, di mana pemberi rasuah dihukum denda RM1 juta, penerima pula terlepas. Permadu sekadar ingin pencerahan sahaja, bukan mempersoalkan keputusan mahkamah. Mesti ada sebab di luar pengetahuan awam. Media hari ini melaporkan Mahkamah Rayuan membatalkan pelepasan dan pembebasan Muhyiddin Yassin apabila mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Menurut portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini , panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah Syed Ali hari ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun lepas yang membenarkan bekas perdana menteri itu untuk mencabar pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak jelas dan cacat. Panel hakim, yang turut dianggotai hakim Azmi Ariffin dan SM Komathy, membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan salah guna kuasa. Bercakap bagi pihak panel...

Tabung Haji dan Aman Palestin contoh ancaman terhadap Islam datang dari orang Islam sendiri

Image
HIDUP MELAYU DAN ISLAM ! Gambar Hiasan - Perhimpunan Membantah Icerd Sedang kita bertelagah sesama sendiri, masing-masing ingin menjadi juara penyelamat agama Islam dan bangsa Melayu, kita terlepas pandang bahawa mereka jugalah yang mungkin menjadi pemusnah agama dan bangsa tercinta. Sedang kita menggunakan bangsa Cina Malaysia sebagai musuh mengancam kepentingan politik, sosial dan ekonomi Melayu dan Islam, kita mengabaikan warga asing yang bolos termasuk dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Nepal dan lain-lain sedang rancak berniaga dan mengaut kekayaan di bumi tercinta ini. Warga asing bolos bebas berniaga kerana kerajinan mereka. Di belakang tabir gara-gara penjawat awam yang berkuasa dipercayai meyalahguna kuasa membuka pagar untuk mereka. Pengkritik terkenal, Puan Mariam Mokhtar mengulangi lagi kisah Melayu hipokrit di negara ini. Selamat menonton: Video terbitan Mariam Mokhtar bertarikh 21 Februari 2024. Nilai sendiri kebenarannya. End © Permadu Oleh Fauzi Kadir, Ket...

Having problem to get married in Malaysia, 3,600 Muslim couples choose Thailand every year

Image
Ijab & Kabul Utusan Malaysia Picture, For Illustration Purpose Only In YALA (Thailand), national news agency Bernama  recently reported about 250 to 300 couples from Malaysia come to confirm their marriage documents at the Consulate General of Malaysia every month after getting married in Thailand. Malaysian Consul-General in Songkhla, Encik Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi said the couples are those who got married either in Narathiwat, Pattani, Yala, Satun and Songkhla. "There are also those who got married in Bangkok, but come to the Consulate General office here to get confirmation of their marriage documents,” he told reporters after the opening of the 9th Melayu (Malay) Day in Yala, Thailand on Saturday, February 24, 2024. Also present were the Justice Minister of Thailand Tawee Sodsong, who is also the former Secretary General of the Southern Border Provinces Administrative Centre (SBPAC), Yala Governor Encik Ampon Pongsuwan; Consul General of Indonesia, Encik Suargana Pringga...