Rasuah Imigresen Berleluasa Di KLIA?
Itulah sebabnya Tiong King Sing bertindak Malaysiakini melaporkan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya menteri yang dimaksudkan dalam kekecohan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Bagaimanapun, kata Tiong kehadirannya di sana telah mendedahkan rasuah di kalangan pegawai di lapangan terbang. "Saya bersyukur, kerana kehadiran saya telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara. "Pada mulanya saya tidak mahu mendedahkan perkara ini kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform yang lebih praktikal. "Namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media menghubungi saya, maka ini penjelasannya,” katanya pada satu kenyataan hari ini. Tiong menafikan dakwaan yang menuduhnya melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak imigresen. "S...