Wan Rosdy dijangka dilantik semula sebagai MB Pahang

 Kerajaan Negeri Pahang BN-PH hampir menjadi kenyataan 
Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) bersama tokoh politik popular Pahang Mohd Sharkar Shamsudin

Bernama melaporkan Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi bagi membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN).

Amirudin Shari

Pengerusinya Amirudin Shari, menerusi kenyataan, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat PH Pahang yang dipengerusikannya hari ini.

"Kami berharap kerajaan negeri Pahang baharu pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat.

“Jumlah kerusi DUN secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN (16 kerusi) dan PH (8 kerusi) yang telah melebihi majoriti mudah,“ katanya. 

Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17 kerusi DUN, menyebabkan kerajaan negeri Pahang kini tergantung kerana tiada pihak yang memperoleh majoriti mudah.

PRU15 bagi DUN Tioman pula ditangguhkan kepada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, keputusan DUN Tioman itu kelak juga tidak membolehkan mana-mana parti memperoleh majoriti mudah. 

Sebelum ini, media melaporkan pihak PH sedang menunggu dipanggil menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mendapatkan perkenan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang yang baharu. 

Amirudin juga mengesahkan SD telah ditandatangani kesemua 8 ADUN PH menyokong Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang. 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank