SEPARUH WARGANEGARA MALAYSIA BERPENDAPATAN KURANG RM2,000 SEBULAN
Malaysia, negara berbilang kaum (kompilasi foto Zafiyah Hussain) (Versi Bahasa Malaysia) KEBENARAN kadangkala terlalu pahit, namun itulah hakikat yang mesti ditelan. Telah didedahkan bahawa sekurang-kurangnya 50% dari warganegara Malaysia yang bekerja memperolehi pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Kesimpulan ini dibuat The Edge Markets dalam sebuah artikel baru-baru ini, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Statistik Negara dalam laporan gaji dan upah 2016. Pendapatan median menjadi hanya RM1,703 setelah mengambil kira keseluruhan pendapatan pekerja Dari RM1,500 dalam tahun 2010, titik tengah pendapatan pekerja (pendapatan median) telah meningkat 29.4% dalam tempoh enam tahun menjadi RM2,000 pada 2016. Dari 10.16 juta pekerja, 82.9% adalah warganegara Malaysia. Sebagai perbandingan, pendapatan median bukan warganegara adalah RM1,200 sebulan. Apabila kedua segmen pendapatan ini digabungkan, pendapatan median keseluruhan pekerja adalah hanya RM1,703 sahaja. Peke...