BN belum merancang kerjasama dengan PN untuk PRU16 setakat ini
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor media sebagai berkata BN belum merancang untuk membentuk kerjasama atau persefahaman politik dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Ahmad Zahid bagaimanapun, berkata BN akan mengadakan perbincangan dengan PN apabila tiba masanya, selepas formula kerjasama politik antara kedua-dua gabungan itu terbukti membawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka. "Apa yang kita lalui, khususnya untuk (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka adalah tafahum siyasi atau kesefahaman politik. "Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi tetapi jika tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama," kata Zahid, Malaysiakini memetik laporan Berita Harian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Brickfields, hari ini. Semalam BN dan PN memenangi 24 daripada 28 kerusi pada PRN ...