KM Pulau Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat kes salah guna wang zakat
Chow berkata isu itu sebenarnya telah dibangkitkan dan diberi penjelasan semasa Persidangan DUN Pulau Pinang pada November tahun lepas dan penjelasan yang diberikan ketika itu dianggap memuaskan Audit-auditan, kontrol-kontrolan, korup-korupan🎵 Agensi berita rasmi Malaysia Bernama malam tadi melaporkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan secara bebas berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu. Ketua Menteri Encik Chow Kon Yeow berkata SPRM telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan atau menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu. "Sejak SPRM memulakan siasatan, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan tugas mereka secara bebas kerana kami bukan penyiasat tapi kerajaan negeri akan bagi kerjasama sepenuhnya," katanya selepas mengadakan law...