Posts

Showing posts from September, 2025

Indonesia nafi mencampuri urusan sukan bolasepak Malaysia

Image
Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) yang juga Ketua Umum PSSI, Erick Thohir Gambar REUTERS Akhbar Malaysia, Berita Harian memetik berita Agensi dari Jakarta, yang menyatakan  Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) yang juga Ketua Umum PSSI, Encik Erick Thohir, menafikan tuduhan yang mendakwa Indonesia terbabit dalam hukuman FIFA terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya. Erick menjelaskan pertemuan Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto dengan Presiden FIFA, Encik Gianni Infantino, di New York hanyalah berkisar tentang masa depan sepak bola Indonesia, termasuk rencana pembentukan Akademi FIFA. "Presiden bercakap tentang bola sepak Indonesia, bukan mengenai negara lain," tegas Erick, yang lebih mesra dengan panggilan Etho. Menurutnya, FIFA dalam perancangan mengadakan program pembangunan akar umbi dengan kejuaraan dunia lapan sebelah bawah 15 tahun. Erick menegaskan, Indonesia tidak pernah campur tangan dalam urusan negara...

Underage girl offering sex via social media—now placed under social welfare

Image
B    R    I    E    F Police clarified that appropriate action has been taken immediately against the issue of prostitution online advertisement. According to Malaysian official news agency Bernama , Kelantan police chief Datuk Yusoff Mamat said that a 15-year-old girl, who was discovered offering sexual services via Telegram in Pasir Puteh, has been placed under the care of the Social Welfare Department. He explained that the decision was made after police evaluated her age and background, which includes a reported history of being a rape victim. End © Permadu Visit Permadu Malaysia blog at  permadumalaysia.blogspot.com By  Fauzi Kadir Chief Editor Assistant Editor Kwai Fong Chin Final editing and brought  to you by Fauzi Kadir  CHIEF EDITOR © 2025 Permadu Harmony Bersepadu (Semua Hak Cipta Terpel ihara) All Rights Reserved  Contact us at  permadu@gmail.com (DILULUSKAN UNTUK  SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG...

Kisah sedih pelajar cemerlang yang miskin

Image
Asyraf menyatakan hasrat bertemu sendiri pelajar itu, memujuk beliau melanjutkan pelajaran yang akan dibiayai oleh MARA Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan kisah seorang pelajar cemerlang yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja di kilang kerana kesempitan hidup. Menurutnya, pelajar berkenaan memperoleh keputusan SPM 9A serta CGPA 3.87 di peringkat asasi, namun memilih untuk bekerja demi membantu keluarga. “Lebih menyedihkan saya kerana pelajar ini bekas pelajar MRSM. Ayahnya sakit manakala ibunya hanya bekerja membantu membungkus nasi lemak. “Apabila beliau dapat emel bahawa pihak universiti tidak dapat menawarkan bantuan, dia ambil keputusan sendirian untuk tidak meneruskan pengajian ke kampus induk, sebaliknya bekerja kilang untuk menampung keluarga,” Malaysiakini memetik Asyraf sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam. Asyraf berkata dia telah meminta UMNO  bahagian membantu keluarga tersebut, selain berhasrat untuk bertemu sendiri dengan pelaja...

Menyalahkan staf sebagai alasan amat memalukan

Image
Kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen dianggap punca mengapa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman terhadap tujuh pemain warisan negara serta denda kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menurut laporan Harian Metro semalam, perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman ( gambar atas ) yang menjelaskan kesilapan teknikal berkenaan dilakukan oleh kakitangan pentadbiran. Justeru ujar Azman, badan induk bola sepak negara itu sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada. "FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran," katanya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lebih layak mengeluarkan kenyataan sah atau tidak kerakyatan seseorang individu sebagai warganegara Malaysia Tegasnya lagi, kesemua tujuh pemain warisan terdiri dari...

Puad memang kawww!!—Dari pergi pejabat FIFA, lebih baik cari menantu Muhyiddin dan Maha Kaya yang baru muncul

Image
Merujuk kepada hantaran terbaru di Facebook  Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Malaysiakini melaporkan  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyambut baik kenyataan SPRM yang tidak mengenal pasti sebarang asas kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM). Sehubungan itu, SPRM tidak akan berhubung dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk  menyelesaikan isu berkenaa n bersama badan induk bola sepak dunia itu. “Mujur SPRM batal perancangan untuk menyiasat kesilapan teknikal FAM hantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara. “Jika tidak, saya turut hairan kenapa SPRM mahu siasat semua kes. “Lebih baik fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya’ yang baru muncul. Daripada pergi ke pejabat FIFA untuk menyiasat, lebih baik cari menantu Muhyiddin yang didakwa ada di Abu Dhabi untuk menghadapi tuduhan rasu...