Tiba-tiba, Zaid Ibrahim lihat PAS parti terbaik di Malaysia

PAS mampu bawa Malaysia lebih jauh seperti kepimpinan ulama Iran, kata Zaid Ibrahim Sebelum ini, peguam dan juga tokoh politik ini sering mengkritik PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan perjuangannya sendiri. Antara kritikan termasuklah pendekatan PAS yang memberi keutanmaan kepada sesuatu yang bukan prioriti. Contohnya, kesungguhan PAS mahu menukar uniform pramugari MAS, mungkin disebabkan mereka sendiri tidak dapat menahan melihat keseksian pramugari wanita itu. Agak mengejutkan, tiba-tiba tokoh ini memandang tinggi pula kepada Parti Islam Se-Malaysia. Malaysiakini hari ini melaporkan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, berkata PAS mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi jika parti itu menggabungkan prinsip moral yang jelas dengan tadbir urus yang baik dan pendekatan yang inklusif. Dalam satu kenyataan, Zaid yang pernah menganggotai parti UMNO, PKR, DAP, Kita dan lain-lain itu, turut menegur pihak yang sering meremehkan keupayaan P...