Rasa macam kenal jejaka kacak ini
Milik siapakah jejaka kacak ini? Rasa macam pernah nampak juga. Seorang pemimpin dari negeri Pahang yang telah banyak berjasa kepada negeri dan tanah air tercinta. Kelibat beliau membantu dan mempermudah urusan sentiasa kelihatan sewaktu penduduk daerah Temerloh ditimpa bencana alam seperti banjir. Banjir seakan dilihat sebagai acara tahunan di Pahang dan beberapa negeri lain. Rakyat menerima dan menghadapinya dengan penuh keredhaan. Memperagakan penampilan seorang perajurit yang bersiap sedia mempertahankan negara di perbatasan dari ancaman musuh. Kalau hendak tahu siapakah gerangannya, inilah wajah Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, 30 tahun yang lalu. "Kenangan semasa bersama rombongan (Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak) Menteri Pertahanan (Bossku) tahun 1995 di Konjic Bosnia sewaktu berhari-raya dengan Pasukan Malbatt disansls," katanya. "Suasana perang antara Bosnia dan Serbia yang dahsyat. Sukar untuk dilupaka...