Al Ustaz Firdaus Wong dilapor disiasat berkaitan isu mengislamkan kanak-kanak secara rahsia
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijGsXNLy0GKhJ-kUAywqYMifWKKDc7v4nL_qNVg8BMjrZNwLGicBxh3HwA3N5ysmUZVwywbnT298BvCtL6pm1tHh_u0DsyeLI5rXbjSp_6vZNyyenjjYpSLC4BrF72iVVPOWxDN5GxT4NAWNTmW9hbkMH6HJM58oo5O3Xg4Qik73WFkzTSO1H2UMSSmjE/s320/c6e80d0b2ac086ab0639fa5372f4aaf9.jpeg=s600.jpg)
Antara agamawan selebriti, agamawan cari makan dan agamawan bertauliah dari penguasa agama negeri-negeri, abang pilih yang mana? Media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah bebas berkonsepkan selebriti, Encik Firdaus Wong berhubung kenyataan yang didakwa boleh mencetuskan kacau ganggu awam. Menurut laporan portal berita Malaysiakini semalam, peguam Encik Rajesh Nagarajan dan Encik Sachpreetraj Singh, yang mewakili pengerusi Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia, Encik Arun Dorasamy, mengesahkan pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan susulan laporan dibuat kumpulan itu. NGO itu sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa Firdaus memuat naik video mengenai cara untuk mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia. “Sukacita dimaklumkan kepada orang ramai bahawa polis akhirnya membuka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong di bawah seksyen 505(c) Kanun Keseksaan. " Kami berharap