PADU tetap didaftar secara automatik
WAJAH PENGASAS PADU Hari ini adalah hari terakhir pendaftaran PADU tetapi mereka yang tidak berbuat demikian tidak perlu bimbang. Ini kerana ianya tetap akan didaftarkan secara automatik berdasarkan maklumat asas seseorang individu warganegara Malaysia. Media tempatan melaporkan Jabatan Perangkaan memberi pencerahan bahawa rakyat Malaysia yang tidak mengemas kini data mereka di Hab Pangkalan Data Utama (PADU) akan didaftarkan secara automatik maklumat asas mereka. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ( gambar , atas ) memberitahu sidang media hari ini bahawa maklumat lebih lengkap diperlukan walaupun pelbagai agensi kerajaan telah mengumpul data asas rakyat Malaysia. “Dalam sistem PADU, kami mempunyai data untuk kira-kira 30 juta rakyat Malaysia. “Namun, ini hanya data asas mereka, yang kami kumpul daripada pelbagai agensi. Apa yang kita perlukan ialah data ‘dinamik’,” Malaysiakini memetik laporan Free Malaysia Today Mohd Uzir sebagai berkata. Tarikh akhir...