Pengampunan Najib perlu telus dan rakyat berhak tahu justifikasi
Portal berita dari media arus perdana Malaysiakini melaporkan gerakan yang dikenali sebagai Projek Sama menggesa Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan mendedahkan sepenuhnya alasan permohonan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk menerima pengampunan diraja serta menuntut penjelasan terhadap syor yang dibuat kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah. Dalam satu kenyataan hari ini, Projek Sama berkata perkara itu perlu dilakukan segera selepas laporan yang tidak dapat disahkan semalam mengenai pengampunan terhadap Najib mengejutkan negara. “Walaupun Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara penuh ke atas pengampunan banduan di Wilayah Persekutuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) dan 40(3) Perlembagaan Persekutuan, orang ramai berhak untuk dimaklumkan tentang alasan permohonan dan syor, termasuk sebarang ...