Apa kata satu-satunya hakim dari 5 panel yang menentang rayuan Najib ditolak
Mahkamah Persekutuan yang terletak di dalam bangunan Istana Kehakiman di Putrajaya menyaksikan k eputusan majoriti (4 dari 5 panel Hakim) dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat pagi tadi. Anggota panel lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais. Ketibaan Najib Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, lapor Bernama . Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli ( gambar , atas ), yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian sel...