Posts

Showing posts from May, 2022

Kebimbangan dan ketakutan serius rakyat

Image
Lidah Pengarang akhbar berpengaruh Sinar Harian hari ini memberi tumpuan kepada kebimbangan dan ketakutan serius rakyat terhadap suasana di dalam negara. Ia berkaitan krisis kesihatan dan kos sara hidup yang terus meningkat.   Berikut adalah adaptasi berdasarkan petikan dari siaran yang dimaksudkan: Ketepikan kemelut politik, di Malaysia kini ada beberapa ‘ketakutan’. Pertama, wabak Covid-19 yang masih mencengkam diikuti dengan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang sedang meledak dan kebingungan tentang virus cacar monyet. Bukan hanya penyakit semata-mata, tetapi sosio ekonomi negara semakin tidak stabil. Mana tidaknya, kebebasan membeli ayam tidak lagi dapat dinikmati ekoran krisis bekalan yang meruncing. Itu cerita ayam. Harga ikan dan tepung juga mencanak naik disusuli dengan barangan keperluan lain. Senario itu akhirnya menyaksikan kita sebagai pengguna yang menjadi mangsa. Segala-galanya mahal belaka. Rasa terseksa hidup pada zaman penuh pancaroba ini. Gaji juga masih d...

"Kalau I dapat tangkap you gedik-gedik dengan my husband.."

Image
  Permadu mempersembahkan  sebuah skrip drama pendek Dari Wanita Untuk Wanita Wanita A: Sekarang dia dah jadi husband I, so... Wanita B: So what? Wanita A : So I tak mahu tengok, I tak mahu dengar you gedik-gedik dengan husband I. Wanita B: You ingat I ada masa ke nak gedik-gedik dengan husband you.. Wanita A: I bukan tuduh you, I cuma beri peringatan pada you.. Wanita B: Husband you yang gatal goda I, you tuduh I menggatal pulak.. (mimik muka marah) Wanita A: You cakap baik-baik sikit ya.. I hormat you, you hormat I. Kalau I dapat tahu you gedik-gedik dengan my husband.. I'll slap you!  Wanita B: Wah.. belum apa-apa dah nak tampar orang.. Wanita A: I ni bukan jenis suka tarik rambut, jerit-jerit depan orang. Kalau I dah marah, I akan diam je. Wanita B: Baiklah, mulai hari ini I berjanji untuk saling menghormati dengan you. I berjanji tak akan gedik-gedik lagi dengan husband you. Sebuah cerita rekaan untuk hiburan semata-mata. End © Permadu Ditapis oleh Fauzi Kadir Konsep...

Shariah Compliance Commission

Image
 From Tokyo To Putrajaya Ismail Sabri Yaakob   Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the  regulation of the halal industry in the country can be consolidated through the establishment of a shariah compliance commission, The Malaysian Insight reported. In his keynote address at the Tun Abdullah Ahmad Badawi Lecture today, Ismail said currently, the existing regulatory proposal is more limited to the Islamic financial sector through Bank Negara Malaysia and the Securities Commission, while the Islamic Development Department (Jakim) regulates the halal industry.  The Bera MP added, the establishment of a shariah compliance commission for the domestic halal industry can make Malaysia the main reference model for the global halal economy. Rafidah Aziz Commenting on the said proposal, UMNO's veteran politician Tan Sri Rafidah Aziz said the setting up of a shariah compliance commission is a waste of taxpayer money. The former international trade and industry ...

Kerajaan diminta mula kempen bertani di tanah terbiar

Image
  KERAJAAN KENA MULA KEMPEN TANAM DI TANAH TERBIAR UNTUK ‘ FOOD SECURITY ’ KITA - Mohd Sharkar Mohd Sharkar Shamsudin Seorang tokoh politik terkemuka dari Pahang menyarankan kerajaan harus dengan segera mula berkempen bercucuk tanam di kawasan tanah terbiar. EXCO Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin berkata, difahamkan penanaman padi di paya-paya terbiar di Maran (sebuah daerah dalam negeri Pahang), maka wajar Kementerian Pertanian mengadakan kempen tanam padi di paya-paya terbiar yang terdapat di seluruh negara. "Kita mulakan sekali setahun kemudian kita boleh baiki infra yang ada secara perlahan-lahan, hingga sampai ke peringkat yang sempurna. "Dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, ‘food security’ adalah perkara yang terpenting, supaya rakyat ada makanan untuk dimakan," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)) UMNO Malaysia itu dalam satu hantaran di Facebook semalam. Beliau mengingatkan trend negara-negara pengeluar menghe...

Mengapa perlu berdakwah di kelab malam?

Image
  Sindiran kepada agamawan selebriti Agaknya jika Mok memberi izin kepada kami untuk masuk sekolah agama semasa tingkatan satu dulu, hari ini kami sudah menjadi seorang ustaz. Semasa mahu masuk ke sekolah menengah selepas tamat bersekolah rendah di sekolah mubaligh, kami meminta Mok mendaftarkan kami di sekolah agama. Bukan nak jadi ustaz Bukan kerana kami ini bercita-cita mahu menjadi ustaz, tetapi kerana Pa -  sahabat baik kami semasa di kampung - akan menyambung pelajarannya di sana. Mok tidak bersetuju. Mungkin kerana rekod persahabatan kami dan Pa tidak begitu baik maka Mok tidak mahu kami sepagi dan sepetang dengan Pa. Pada Mok, cukup kami ini sekadar berkawan dengan Pa semasa di luar waktu sekolah. Kerana teringatkan cerita tersebut kami pun berangan-angan: apa agaknya akan terjadi sekiranya Mok mengikut cakap kami yang mahu bersekolah agama itu. Kami pun membayangkan bahawa setelah tamat belajar di sekolah agama itu kami akan ke Mesir. Kebetulan pula pada waktu itu ada...