Posts

Showing posts from December, 2021

Sarawak Report bercerita lagi

Image
Tiada ulasan dari Permadu Malaysia mengenai gambar di atas. Saya terbaca artikel Bahasa Inggeris terbitan Sarawak Report bertarikh 29 Disember 2021. Seperti biasa, artikel tersebut ditulis oleh pemilik dan pengendali blog berkenaan iaitu Saudari Clare Rewcastle Brown . Ini gambar dia. Cantik jugalah rupa paras dia ya.  Menurut cerita dan berita berkaitan dirinya, Saudari Clare Rewcastle Brown lahir di Sarawak. Walaupun warga British ini kini menetap di United Kingdom, beliau nampaknya secara terus menerus sangat suka berberita dan bercerita tentang Malaysia. Orang perempuanlah katakan. Kalau berberita dan bercerita, selalunya tak dapat lari dari mengumpat.😊😊😊⛏️ Dulu sebelum PRU14 pada Mei 2018, dia kelihatan seperti penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.  Yang juga ketara, dia memang tak suka Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Barisan Nasional pimpinan bekas perdana menteri itu atas alasan amalan rasuah. Sekarang dah lebih tiga tahun Najib bukan PM, ...

Keretakan pimpinan DAP menyerlah di Johor

Image
Liew Chin Tong Pengerusi DAP Johor yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Liew Chin Tong didakwa melobi supaya Dewan Undangan Negeri Johor melantiknya sebagai senator Dewan Negara. Menurut laporan Malaysiakini semalam, Ahli Jawatankuasa DAP  Johor Dr Boo Cheng Hau yang membuat dakwaan tersebut menuduh Liew melakukan hal itu tanpa pengetahuan pimpinan DAP Johor. Boo mendakwa muslihat Liew bermula pada awal Ogos apabila Liew dikatakan telah "mengelirukan" majlis Pakatan Harapan Johor. Dr Boo Cheng Hau “Selepas mendapat kenyataan daripada pelbagai pemimpin parti komponen yang bersidang dalam majlis PH Johor, saya dimaklumkan bahawa Liew, pada awal Ogos lalu, telah mengelirukan majlis itu kerana percaya dia mampu mendapat sokongan yang cukup daripada BN Johor, Perikatan Nasional dan parti lain untuk melantik dirinya sebagai senator di bawah kuota Johor. “Saya juga dimaklumkan bahawa satu resolusi akan dicadangkan kepada persidangan DUN berikut bersandarkan dakwaan ...

MCA sekarang lebih lantang dari DAP

Image
Memerangi rasuah Azam Baki Ketika ketegasan sedang berada di puncak, MCA menggesa Putrajaya untuk memulakan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang dikatakan mempunyai kepentingan yang besar dalam sebuah syarikat senaraian awam. Chan Quin Er Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysiakini melaporkan jurucakap MCA Chan Quin Er berkata siasatan itu perlu bagi mengekalkan imej SPRM sebagai badan yang boleh dipercayai dan profesional. “Menurut laporan, Azam, semasa menjadi ketua pesuruhjaya SPRM, didakwa memiliki dua juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam. "Jika dakwaan ini benar, akan ada unsur konflik kepentingan dan pelanggaran peraturan yang digunakan untuk mengawal penjawat awam," kata Chan, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya. Chan berkata Azam dan SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, yang hanya akan menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti mereka. "SPRM sepatutnya menjadi badan profesional yan...

Omicron in USA and Europe

Image
  Europe and United States break Covid-19 records Getting tested at a medical center in Copenhagen yesterday, Wednesday, 29 December 2021. (Pictured by Charlotte de la Fuente for The New York Times) Across Europe and the U.S., records for new coronavirus infections  are being set day after day , as the Omicron variant tears through populations with a swiftness outpacing anything witnessed over the past two years, The New York Times reported today. The seven-day  average of U.S. cases topped 267,000  on Tuesday, 28 December 2021, a record high. Britain, Denmark, France, Greece, Italy and Spain all set records for new daily case counts this week as well. For many countries, the wave is only starting to rise. For the vaccinated, Omicron may be milder than previous variants, but the wave of new infections is causing chaos for hospitals, testing centers and businesses. Tests are increasingly hard to find,  even in places like Britain  where they were once in re...

Kit Siang also reminds PM to take immediate action

Image
B r i e f DAP veteran Lim Kit Siang yesterday said  Parliament's Special Select Committee on Agencies under the Prime Minister’s Department should summon Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Datuk Seri Azam Baki to explain allegations about his corporate share ownership. (The Malaysian Insight file picture) The Malaysian Insight reported that the Iskandar Puteri MP said the issue was now two months old and yet there was still a “conspiracy of silence” by the authorities on the matter. End © Permadu Prepared by Jamaliah Mohd Salleh Permadu Malaysia Journalist Brought to you by Fauzi Kadir   CHIEF EDITOR © 2021 Permadu Harmony Bersepadu All Rights Reserved E-mail:  permadu@gmail.com APPROVED BY THE EDITORIAL BOARD Permadu

Kes gangguan seksual Ebit Lew dihantar ke Pejabat Peguam Negara

Image
Kertas siasatan membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Menurut laporan Harian Metro , Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang menunggu arahan terkini. Abd Jalil Hassan "Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya berkaitan kes itu. "Bagaimanapun kita juga meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya dalam temubual bersama akhbar berkenaan, di pejabatnya di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. Abd Jalil berkata, pendakwah terbabit juga difahamkan berada di luar negara melakukan kerja amal dan tiada keperluan untuk menahannya kerana tidak menyenaraikan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya. "Buat masa ini biarlah dia melakukan kerja kebaikan...