Posts

Showing posts from August, 2021

Mayat 5 hari baru ditemui

Image
Mayat dalam keadaan menyayat hati Polis kini berusaha mengesan waris wanita itu kerana mangsa tinggal bersendirian di rumah. FMT melaporkan mayat seorang warga emas wanita ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas lima hari meninggal dunia dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2, Seremban, hari ini. Lebih memilukan, wanita berkenaan yang berusia 69 tahun itu yang tinggal bersendirian hanya ditemui selepas jiran tetangga menghidu bau busuk. Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati wanita berusia 69 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari lalu. “Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bau busuk dikesan dari sebuah rumah di Flat Dahlia, di ibu negeri Negeri Sembilan itu. “Polis ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah dikunci sebelum polis mendapatkan bantuan bomba bagi membuka pintu rumah berkenaan,” Harian Metro memetik kenyataan  Mohd Said...

Bakal PM paling tegas panggil MB Selangor

Image
Diam-diam nyahwarta hutan simpan Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dipanggil kepemimpinan parti PKR untuk memberikan penjelasan terperinci berhubung penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada bulan Mei yang lalu. Menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim, kepemimpinan PKR sejak tahun lepas telah meminta untuk penyahwartawaan itu dibatalkan. “Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti. “Malah pimpinan PKR sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Menteri Besar untuk membatalkan perkara tersebut. “Menteri Besar telah diminta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung perkara ini dalam pertemuan bersama pimpinan parti esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Anwar, dia mengambil maklum bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menolak cadangan penyahwartawaan tersebut. MB Selangor Amirudin Shari Penyahwartaan HSKLU yang dibuat Mei, hanya didedahkan ketika sesi soal jawab sidang DUN S...