Pengundi Cina beri 5 sebab mengapa mereka tidak akan mengundi DAP


DAP tak tunai janji walau sudah berkuasa dalam kerajaan Perpaduan Madani Malaysia

Menerusi media sosial, seorang pengundi keturunan Cina di Malaysia memberi lima alasan mengapa orang Cina sudah bosan dengan DAP dan tidak akan mengundi parti itu, khususnya di Pulau Pinang pada pilihan raya akan umum datang.

Pertama, kes kematian misteri pegawai wakil rakyat DAP, mendiang Teoh Beng Hock ketika berada di pejabat SPRM di zaman Barisan Nasional mentadbir negara. Walaupun DAP sudah memohon maaf kepada keluarga Teoh, malah sedia membayar ganti rugi, namun bukan itu yang dipinta oleh oleh keluarga mendiang.

Sebaliknya, keluarga Teoh menuntut siasatan telus, pegawai-pegawai SPRM yang bertanggungjawab terhadap kematian yang disyaki pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

Kedua, kegagalan DAP mendapatkan pengiktirafan UEC daripada pihak kerajaan Madani di mana dap adalah pemegang kerusi Parlimen terbanyak di dalam kerajaan perpaduan itu.

Pengundi Cina itu menganggap DAP telah berbohong kepada masyarakat Cina di Malaysia.

Ketiga, kegagalan DAP menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pada masa sama. Kata pengundi itu, salah satu sebab bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disingkirkan adalah kerana turut memegang jawatan Menteri Kewangan yang amat mendedahkannya kepada salah guna kuasa.

Sekarang Anwar melakukan perkara sama.

Keempat, kegagalan DAP sebagai parti majoriti dalam kerajaan Madani memansuhksn Sosma, di mana baginya satu akta zalim polis dibenarkan menangkap orang awam sesuka hati, tanpa perlu mendapat waran tangkap dan mematuhi prosedur lain.

Ia dibimbangi akan disalah guna kuasa atas motif politik dan kepentingan peribadi individu berkuasa.

Dan kelima, kenaikan cukai berlebihan di Pulau Pinang. Sebagai contoh, bayaran letak kereta naik dari 40 sen kepada 80 sen sejam. Berbagai cukai dinaikkan termasuk cukai pintu kediaman.

Sebagai balasan, pengundi Cina itu bertanya, apa yang rakyat dapat daripada kutipan cukai yang tinggi itu.

"Ke mana pergi hasil kutipan cukai itu?" soalnya.

TONTON VIDEO

https://www.facebook.com/share/v/1EsPP8pnc9/

Untuk tonton video, tekan lama pautan di atas, kemudian tekan Open

Pandangan pengundi ini dipercayai mewakili  lebih separuh para pengundi Cina di Malaysia yang merasa tertipu dan kecewa.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat