Posts

Showing posts from January, 2024

Pengampunan Najib perlu telus dan rakyat berhak tahu justifikasi

Image
  Portal berita dari media arus perdana Malaysiakini melaporkan gerakan yang dikenali sebagai Projek Sama menggesa Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan mendedahkan sepenuhnya alasan permohonan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk menerima pengampunan diraja serta menuntut penjelasan terhadap syor yang dibuat kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah. Dalam satu kenyataan hari ini, Projek Sama berkata perkara itu perlu dilakukan segera selepas laporan yang tidak dapat disahkan semalam mengenai pengampunan terhadap Najib mengejutkan negara. “Walaupun Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara penuh ke atas pengampunan banduan di Wilayah Persekutuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) dan 40(3) Perlembagaan Persekutuan, orang ramai berhak untuk dimaklumkan tentang alasan permohonan dan syor, termasuk sebarang

Sultan Johor, Sultan Ibrahim sah dan rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 hari ini

Image
DAULAT TUANKU Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur, agensi berita nasional Bernama melaporkan. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lepas bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan raja Melayu. Sultan Ibrahim, 65, dan Sultan Nazrin Shah, 67, melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Raja-raja Melayu dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah, manakala Johor diwakili Pemangku Sultan Johor, Pahang diwakil

"Setelah Aku Kau Miliki", Anwar Ibrahim helps singer Shima

Image
Singer Shima in the 90s Referring to a Facebook post, Bernama reported Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim prays for the good health of singer Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, better known as Shima, who is suffering from bronchitis. Through a post on his Facebook, Anwar said his political secretary Ahmad Farhan Fauzi visited the singer who had lost her source of income due to her illness. Singer Shima (right), photo taken yesterday, January 30, 2024. "Brother Farhan also handed over donations on my behalf to assist Shima with her daily expenses and medication. "I pray for Shima to be granted health and strength by Allah SWT,” read the post. Shima became famous in the 90s with songs such as ‘Di Sebalik Sejuta Wajah’, ‘Setelah Aku Kau Miliki’ and ‘Teringin’. The appearance and act on the above video are for illustration purpose only. End © Permadu Adaptation by Fauzi Kadir Chief Editor Assistant Editor Nazura Othman Final editing and brought to you by Fauzi Kadir  CHIEF