Posts

Showing posts from October, 2026

Penguat kuasa tergolek, terkulai layu selepas dibelasah dua beranak

Image
Gambar tular di media sosial memaparkan seorang anggota penguat kuasa susulan pergelutan dengan seorang individu ketika operasi menangkap anjing liar. (Gambar Facebook) Polis membuka dua kertas siasatan terhadap dua beranak kerana disyaki mengasari anggota penguat kuasa ketika operasi menangkap anjing liar, lapor FMT . Ketua Polis Muar, Encik Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata individu berusia 52 tahun dan 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awan, dan Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah. Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.45 pagi, kelmarin. Dua beranak itu ditahan pada hari yang sama di rumah. Mereka direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan, FMT merujuk laporan Berita Harian . Menurut polis, semasa operasi dijalankan, dua beranak terbabit dipercayai mempertikai tindakan anggota Majlis Perbandaran Muar bagi menghalang tugas serta cuba melepaskan anjing yang ditangkap. Katanya, tindakan itu mencetuska...

Apa nak hairan—Inilah yang dinamakan politik kelas kambing

Image
Demokrasi tidak akan runtuh semata-mata kerana kerajaan bertukar tangan, tetapi boleh kehilangan maruah apabila prinsip perjuangan dikorbankan demi jawatan, musuh semalam diangkat menjadi sahabat hari ini dan rakyat hanya diperlukan ketika undi mereka menjadi penentu kuasa. Ironinya, semakin rancak ahli politik melaungkan perjuangan untuk rakyat, semakin besar persoalan yang perlu dijawab tentang sejauh mana kepentingan rakyat benar-benar mengatasi kepentingan parti, kelompok dan kelangsungan kedudukan mereka sendiri. Sejarah politik mengajar bahawa kuasa mempunyai kecenderungan menguji watak manusia kerana mereka yang pernah menentang penyalahgunaan kuasa boleh terjebak mengulanginya apabila berada di kerusi pemerintahan, manakala pejuang perubahan pula boleh menjadi pelindung kepada sistem yang dahulu mereka kritik. Dalam pemikiran Aristotle, politik sepatutnya membawa manusia menuju kehidupan bersama yang baik, namun idealisme tersebut kehilangan makna apabila jawatan menjadi matlam...

The latest stance of Zaid Ibrahim

Image
A prestigious Malay daily yesterday reported former Malaysian law minister Datuk Mohd Zaid Ibrahim hopes that the Malaysian Islamic Party, officially known as Parti Islam Se-Malaysia (PAS) will follow in the footsteps of Tan Sri Muhyiddin Yassin and Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  to support Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zaid, a new PAS member, said that although Muhyiddin and Syed Saddiq had previously criticized Anwar at the early stage, they now realize the PKR President has the potential to win the next General Election (GE) again. “There is no need to overthink it because, all things being equal, the Teacher will always be the choice over the Student. “I congratulate Muhyiddin and Syed Saddiq for supporting Anwar,” Utusan Malaysia quoted him as saying via a Facebook post yesterday. Zaid was a member of various political parties in Malaysia, including UMNO, PKR, Kita and DAP before joining PAS a few months ago. On Thursday, 29 October, six Bersatu Members of Par...

Mahkamah Tinggi benarkan 3 kanak-kanak Myanmar diikat jamin

Image
Polis iringi 3 kanak-kanak Myanmar di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas didakwa ugut wanita warga emas Tiga kanak-kanak warga Myanmar dibenarkan ikat jamin selepas Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini yang menolak permohonan tersebut susulan tuduhan menakut-nakutkan seorang warga emas secara jenayah, demikian menurut laporan FMT . Presiden Majlis Peguam Encik Anand Raj meluahkan rasa lega atas campur tangan Mahkamah Tinggi Butterworth itu. “Kami sedang memantau perkembangan ini,” katanya kepada portal berita berkenaan, menambah bahawa Majlis Peguam pada mulanya terkejut apabila ketiga-tiga budak lelaki berusia antara 11 dan 12 tahun itu tidak dibenarkan ikat jamin. Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini. Difahamkan, Majlis Peguam akan memperincikan maklumat kes tersebut pada minggu depan. Ketiga-tiga kanak-kanak itu didakwa bersama atas tuduhan mengugut untuk mencederakan seorang wanita berusia 71 tahun menggunakan beberapa objek, te...

Malaysian becomes first Asian head of world pain group

Image
Dr Mary Cardosa took office today for a two-year term as president of the International Association for the Study of Pain. (IASP Picture) Malaysian official news agency Bernama reported the country's physician Dr Mary Cardosa has become the first Asian president of the International Association for the Study of Pain, taking office for a two-year term at the closing of a world congress on pain in Bangkok, Thailand today. In a statement today, she said her presidency of the international association would focus on advancing pain science, strengthening healthcare education and improving access to effective pain management worldwide. “Pain affects people in every country, but access to effective pain care remains profoundly unequal,” she said. Cardosa previously made history in 2011 as the first woman to serve as president of the Malaysian Medical Association. An anaesthesiologist with more than three decades of experience in pain medicine, she set up the health ministry’s first acute...