Skip to main content

Pengumuman Anwar larangan guna Waze agak menggemparkan

Berkonsepkan keselamatan, keislaman

Media melaporkan Encik Chow Yu Hui (PH-Raub) mempersoalkan asas larangan penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam dan meminta kerajaan menjelaskan sama ada aplikasi lain seperti Google Maps, Instagram dan WhatsApp masih dibenarkan.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, portal berita Malaysiakini memetik Chow turut meminta pengesahan mengenai arahan itu serta penjelasan sama ada larangan meliputi penggunaan pada telefon peribadi dan di luar waktu bekerja.

Beliau menyoal mengapa Waze sahaja dikenakan larangan atas kebimbangan risiko keselamatan data, sedangkan aplikasi navigasi itu dimiliki Google sejak 2013.

“Jika Waze dilarang kerana syarikat itu berpangkalan di Israel, walaupun Waze dimiliki Google sejak 2013, apakah perbezaan risiko keselamatan data antara Waze dengan Google Maps yang dimiliki syarikat induk sama?” soalnya.


Ahli parlimen DAP itu turut merujuk laporan terdahulu mengenai dakwaan pengintipan oleh Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) terhadap telefon bimbit bekas canselor Jerman Angela Merkel.

Beliau berkata kerajaan AS juga menyokong Israel, lalu mempersoalkan sama ada kebimbangan keselamatan serupa turut meliputi aplikasi lain dari negara itu.

“Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat menjelaskan asas penilaian yang digunakan untuk melarang penggunaan Waze dalam kalangan semua penjawat awam serta keberkesanan larangan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Encik Afnan Hamimi Taib Azamudden menggesa larangan penggunaan Waze diperluas kepada semua rakyat Malaysia jika aplikasi itu benar-benar menimbulkan ancaman keselamatan.


Afnan (PN-Alor Setar) berkata sekatan tidak sepatutnya terhad kepada penjawat awam jika penggunaan aplikasi itu berbahaya.

“Kalau betul Waze itu bahaya, jangan bagi Waze itu masuk Malaysia ini. Semua orang tak boleh pakai Waze, bukan setakat penjawat awam.

"Ini ancaman digital, yang sedang melanda kita tanpa kita sedar,” katanya.

Terdahulu hari ini, kerajaan dilaporkan melarang penjawat awam menggunakan Waze susulan kebimbangan mengenai kaitannya dengan Israel serta risiko terhadap keselamatan maklumat dan data pergerakan pengguna.

Larangan berkuat kuasa serta-merta itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Dalam hantaran di Facebook malam tadi, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan data rakyat.

Beliau turut menggalakkan penggunaan TuJu, aplikasi navigasi tempatan yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama Prosignal Consortium Sdn Bhd, sebagai alternatif.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat