Bukan benci Anwar, tetapi risau
PM YANG HEBAT DI PERSADA ANTARABANGSA, TAPI..
Pandangan terhadap Anwar Ibrahim di mata pemimpin-pemimpin dunia sememangnya hebat. Malah rakyat Malaysia turut berbangga dengan penhormatan ini.
Tetapi di tanahair, dia sedang bergelut dengan masalah-masalah berikut:
1. Hilang rasa hormat dan kepercayaan di kalangan akar umbi parti serta rakyat berjiwa reformis terhadapnya atas persepsi bahawa dia mengamalkan nepotisme. Selain ini, dia dipercayai telah main peranan menyingkir Rafizi untuk menaikkan anaknya.
2. Isu mengenai Farhash Wafa Salvador selaku pembantu akrabnya yang telah bina kekayaan luar biasa dalam waktu yang singkat dengan bantuan taikun-taikun Cina, khususnya TS Wong dan Vincent Tan.
3. Kes gangguan seksual terhadap Yusuf Rawther yang sedang diusahakan agar tidak dibicarakan di mahkamah atas alasan kononnya Anwar berhak diberi imuniti atau kekebalan dari menghadapi pendakwaan.
Girang melibas bola tanggung
Isu-isu peribadi ini dan beberapa isu lain berkaitan prestasi kerajaan Madani adalah modal besar dan bola-bola tanggung yang akan dilibas sepuas-puasnya oleh pihak pembangkang dengan girang mulai sekarang untuk membenamkan PKR dan PH di PRU-16 nanti.
Penyokong-penyokong tegar Anwar yang anggap dia maksum jangan hidup dalam penafian. Saya tak kata dia bersalah. Saya cuma ingin beritahu bahawa ini adalah masalah persepsi negatif yang sedang dihadapi oleh Anwar akibat tindakan-tindakan dia sendiri. Terimalah hakikat ini kerana anda sekalian terpaksa menghadapinya.
Selamat berjaya saya ucapkan kepada pasukan perang PKR untuk menepis dan menangkis serangan-serangan ini dari pihak pembangkang dengan berkesan agar kerajaan Madani boleh terus memerintah untuk penggal seterusnya, insyaa Allah.
Dimuat naik dengan sedikit suntingan dari hantaran Facebook Manan Razali bertarikh 30 Mei 2025.
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
End©Permadu
Dimuat naik oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment