Hassan Karim anggap Ambiga keterlaluan tuduh kerajaan sekarang paling diktator
Ambiga mungkin terlalu kecewa dan tidak dapat mengawal perasaan
Betulkah kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang paling diktator yang kita ada?
Demikian tuduhan Ambiga Sreenevasan terhadap kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Saya menghormati Ambiga mantan pimpinan NGO Bersih dan mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Tetapi tuduhan terbaru Ambiga ini saya tidak bersetuju.
Saya ahli parlimen dari parti PKR dan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi tunggak kerajaan persekutuan sekarang.
Saya nak menyangkal tuduhan Ambiga kerana tuduhan itu salah.
Cadangan kerajaan untuk mengenakan syarat bahawa syarikat-syarikat flatform media sosial dari luar negara perlu ambil lesen mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh dibantah, boleh dipertikai dan boleh disanggah semaunya.Tetapi menuduh kerajaan persekutuan terus terus jadi diktator kerana cadangan itu adalah berlebihan dan tidak adil.
Saya sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat yang menyokong kerajaan persekutuan sekarang walaupun sedar kerajaan ini ada kelemahannya di sana sini amat yakin bahawa kerajaan ini bukan kerajaan diktator.
Saya yang menceburi dunia politik dari muda semasa mahasiswa sehingga ke usia warga emas kini yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara menafikan bahawa kerajaan pimpinan Anwar ini seorang diktator.
Bagaimana kerajaan ini diktator sedangkan ia tidak pernah menggantung parlimen dengan mengisytiharkan darurat seperti kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelumnya?
Bagaimana kerajaan pimpinan Anwar ini seorang diktator sedangkan di Parlimen Laporan Suhakam dibahaskan? Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) Parlimen dibahaskan secara terbuka di Parlimen?
Bagaimana kerajaan persekutuan sekarang jadi diktator sedangkan tiga minggu lalu pada 6 Julai calon yang mewakili parti kerajaan persekutuan kalah teruk di PRK Sungai Bakap?
Adakah kerajaan diktator benarkan berlaku calon partinya kalah teruk macam di PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang dan kalah sebelum itu di PRK Kemaman, Trengganu.
Jadi, tolonglah Ambiga!
Berpada-padalah jika menuduh kerajaan persekutuan yang ada sekarang.
Tegur dan kritiklah akan segala kelemahan kerajaan persekutuan ini. Tetapi menuduh diktator itu terlalu berlebihan.
Adaptasi dari sebuah artikel hasil tulisan Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, yang dipetik dari Malaysiakini, siaran hari ini.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment