Senang nak makan sambil berkemban

Sambutan Ramadan pastinya berbeza ketika Ramlah Ram masih muda, tapi bagi seseorang yang ringkas sepertinya tetap menyukai berbuka puasa dengan juadah sederhana.

Ramlah Ram suka masak sendiri, makan di rumah

Tetap memenuhkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan ini, penyanyi berprofil tinggi, Ramlah Ram bersyukur masih menerima banyak undangan dan jemputan majlis berbuka puasa.

Namun dalam pada kesibukan, penyanyi bersuara lantang yang juga pemegang trofi Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1988 dan 1989 itu tetap membahagikan masa untuk beribadah.

"Kalau dulu saya memilih berehat pada bulan puasa dan tak perlu nak buat apa-apa. Namun, saya makin sibuk dalam bulan puasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kadang-kadang sibuk menghadiri majlis buka puasa dengan anak yatim dan seumpamanya. Tapi, sebenarnya niat hati nak berehat dan beribadah, nak pergi terawih dan sebagainya.

"Namun saya memang tidak akan lepaskan malam pertama terawih di masjid. Kalau boleh saya tak mahu lepaskan peluang berjemaah di masjid.

"Itu perkara wajib setiap tahun dan saya akan cuba kosongkan jadual pada malam pertama. Kalau boleh nak berterusan sebab sayang nak tinggalkan, tapi kalau tak dapat di masjid, saya akan buat di rumah," katanya kepada akhbar berkenaan.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) itu, sambutan Ramadan pastinya berbeza ketika masih muda, tapi bagi seseorang yang ringkas sepertinya tetap menyukai menyambut Ramadan secara sederhana.

"Saya suka berbuka dengan lauk ringkas dan berbuka puasa di rumah. Kalau terpaksa, saya penuhi juga jemputan di luar, tapi saya lebih selesa berbuka di rumah.

"Apa yang penting bila berbuka ada kuih karipap pun sudah okay. Malah kadang-kadang saya bekukan karipap yang saya buat kemudiannya goreng. Sebab nak makan ikut tekak, saya kena buatlah.

Sedap tu.. telur goreng, cili dan kicap

"Bagi saya, keinginan saya tidak banyak, tak tahulah orang lain. Kalau sekadar lauk goreng telur bersama cili dan kicap sudah memadai.

"Sahur pun sama juga, kadang-kadang saya hanya makan kurma bersama air sahaja. Tiadalah nak fikir banyak sangat nak masak apa," katanya.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Ramlah berkata, dia tidak pernah kisah untuk menempah baju raya kerana pada usia 59 tahun lebih mementingkan persiapan buat ibunya.

"Yang penting, baju dan keperluan emak sebab abah sudah tiada. Emak tinggal seorang, jadi saya lebih memikirkannya.

"Untuk saya tak fikir sangat. Malah, apa yang saya pakai untuk menghadiri program raya, saya pakai balik untuk Hari Raya.

"Tidaklah saya fikir tahun ini nak pakai warna apa dan sebagainya, lagipun saya sibuk tak sempat nak fikir," katanya.

Tambah Ramlah, dia tidak menghasilkan lagu Hari Raya memandangkan tahun lalu sudah mengeluarkan lagu berjudul Kemenangan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Cahaya Aidilfitri mengakui, tidak mudah menghasilkan lagu raya yang melekat kerana lagu raya lama lebih syahdu.

"Saya rasakan lagu berunsurkan kemelayuan lebih bertahan lama sebab bila bercakap pasal raya, kita akan teringat pada kampung, emak ayah jadi lagu-lagu Melayu lebih dekat dengan memori,

"Mungkin saya salah, tapi itu yang saya rasakan," katanya.

Sepanjang pembabitan dalam dunia seni suara, Ramlah pernah popular dengan lagu seperti Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu), Selamat Jalan Romeo, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi dan banyak lagi.

Ramlah juga pernah berjaya menempa kejayaan di pentas Anugerah Juara Lagu 1988 selepas dinobatkan sebagai Juara dan juga pemenang kategori Persembahan Terbaik.


Adaptasi dari sebuah artikel asal hasil tulisan Fatin Farhana Ariffin, yang menemubual penyanyi Ramlah Ram, disiarkan di akhbar Berita Harian dan portal BH Online, pada 28 Mac 2024.

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank