PADU tetap didaftar secara automatik

WAJAH PENGASAS PADU

Hari ini adalah hari terakhir pendaftaran PADU tetapi mereka yang tidak berbuat demikian tidak perlu bimbang. Ini kerana ianya tetap akan didaftarkan secara automatik berdasarkan maklumat asas seseorang individu warganegara Malaysia.

Media tempatan melaporkan Jabatan Perangkaan memberi pencerahan bahawa rakyat Malaysia yang tidak mengemas kini data mereka di Hab Pangkalan Data Utama (PADU) akan didaftarkan secara automatik maklumat asas mereka.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar, atas) memberitahu sidang media hari ini bahawa maklumat lebih lengkap diperlukan walaupun pelbagai agensi kerajaan telah mengumpul data asas rakyat Malaysia.

“Dalam sistem PADU, kami mempunyai data untuk kira-kira 30 juta rakyat Malaysia.

“Namun, ini hanya data asas mereka, yang kami kumpul daripada pelbagai agensi. Apa yang kita perlukan ialah data ‘dinamik’,” Malaysiakini memetik laporan Free Malaysia Today Mohd Uzir sebagai berkata.

Tarikh akhir pendaftaran pusingan pertama PADU akan berakhir tengah malam hari ini.

Sehingga semalam, kira-kira 10.6 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data mereka di PADU, kata Uzir.

"Ini meningkat kepada 48.3 peratus daripada 21.96 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas," katanya.

PADU dilancarkan awal tahun ini sebagai pangkalan data berpusat untuk memastikan subsidi diagihkan dengan lebih baik, dengan mengambil kira bukan sahaja gaji bawa pulang tetapi juga komitmen kewangan individu atau isi rumah.

Kerajaan berkata mereka yang ingin menerima bantuan kebajikan dan subsidi mesti memastikan butiran mereka dikemas kini di PADU.

Ini termasuk kanak-kanak yang ibu bapa atau penjaganya perlu daftarkan butiran bagi pihak mereka.

Di Selangor, Uzir berkata kira-kira 41 peratus daripada populasi dewasa telah pun mendaftar di PADU.

“Negeri yang mempunyai nisbah penduduk tertinggi yang mengemas kini data PADU ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

"Negeri berkenaan telah melepasi ambang 50 peratus," katanya.

Jelasnya, sasarannya adalah untuk mencapai 56 peratus pendaftaran di seluruh negara pada fasa pertama pendaftaran.

Semalam, agensi berita nadional Bernama melaporkan Jabatan Perangkaan memberi jaminan bahawa reka bentuk PADU adalah yang terbaik di samping selamat dan berkesan.

Ia berkata PADU bukan sahaja berfungsi sebagai medium pengemaskinian data tetapi juga melaksanakan pelbagai fungsi analisis utama, melangkaui transaksi dan kemas kini data.

Terdahulu, media melaporkan kebimbangan pelbagai individu, yang menyatakan kebimbangan mengenai kredibiliti PADU, khususnya mengenai isu data peribadi.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri