Kalah PRU15, anak PM jadi penasihat kanan PM
"Semuanya Dalam Satu Keluarga"
Terjemahan terus All In The Family
Blog OutSyed The Box hari ini memetik hantaran blog berbahasa Inggeris Ganesh Sahathevan yang mengulas berita bekas ahli parlimen, Nurul Izzah Anwar, biarpun tewas di Permatang Pauh dalam PRU15, dilantik sebagai Penasihat Kanan Mengenai Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah memberitahu Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, perlantikan itu berkuatkuasa 3 Januari, 2023.
Dipercayai, inilah pengumuman pertama kepada orang ramai terlantiknya seorang anak oleh bapa sendiri untuk satu jawatan penting.
Nurul Izzah memberitahu akhbar berkenaan beliau berharap pengalamannya sebagai ahli parlimen, pernah bekerja berkaitan kemiskinan, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), keterlibatan dalam PAC - Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) serta pendedahannya dengan pakar-pakar dalam menentukan hala tuju urus tadbir ekonomi, akauntabiliti (kebertanggungjawaban) dan dasar-dasar berasaskan kebagusannya terbukti -- akan dimanfaatkan sebaiknya.
Jawatan penasihat ekonomi dan kewangan ini dilihat sangat penting dan berpengaruh. Ini kerana penjawat boleh mempengaruhi kerajaan berkaitan tawaran kontrak dan konsesi.
End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment