Kahwinnya Pewaris Seorang Billionaire

 Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay baru sahaja menyambut menantu perempuan. 

Anak lelaki sulung billionaire itu, Lim Keong Hui (yang menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Genting Berhad pada Januari 2019) mengikat tali pernikahan dengan girlfriend Ten-ni Soh selepas bercinta selama empat tahun. 

Demikian menurut laporan portal berita dan hiburan hype berdasarkan berita dari China Press dan maklumat dari Instagram.

Kawan rapat dan ahli keluarga hadir di majlis yang penuh dengan keghairahan cinta itu, termasuk ibu dan bapa pengantin lelaki itu iaitu Lim Kok Thay sendiri dan Cecilia Lim. 

Majlis meriah dan menggembirakan itu menyaksikan acara kedua-dua pengantin menandatangani pendaftaran perkahwinan selain sepasang mempelai memperagakan berbagai gaya menghadap kamera di hadapan kolam renang berlatarbelakangkan bunga-bungaan terindah.Kedua-dua Keong Hui dan Ten-ni memulakan tahun 2022 dengan menulis nota keriangan memaklumkan secara rasmi pertunangan mereka di media sosial.

3 tahun 11 bulan 5 hari sejak pertemuan makan malam pertama kami di Malaysia,” tulis gadis bertuah itu, sebelum mengucapkan terima kasih kepada kekasih tercinta kerana mengubah kehidupan ke arah lebih baik.. perempuan jelita itu menjawab ya selepas ditanya sudikah menjadi isteri kepada lelaki paling kacak dari pandangan matanya. 

Menurut China Press, Keong Hui, 38, dan Ten-ni, 35, akan mengadakan satu majlis perkahwinan mewah pada 8 Oktober 2022 di Awana Hotel di Resorts World Genting. 

Seperti dilihat di Instagram pula, Keong Hui adalah pengerusi Zouk Genting dan Zouk Singapore. Beliau juga dianggap sebagai pewaris Kumpulan Genting. Sementara itu, carian mudah Google menunjukkan Ten-ni ialah seorang doktor perubatan Malaysia dan pengerusi GT Diagnostics – syarikat berpengkalan di United Kingdom yang terletak di Kuala Lumpur. 

Raikanlah sepasang pengantin ini dengan cinta sedalam lautan dan kegembiraan menghiasi kehidupan. 


Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.



End©Permadu


 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpel
ihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar