Agamawan bergelar Ustaz direman 5 hari bantu siasatan kes rogol remaja perempuan

Profesion pendakwah semakin tercalar walau kes ini belum terbukti bersalah 

 Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penceramah bebas bergelar ustaz berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun, lapor akhbar sensasi Kosmo! semalam.


Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret Ipoh semalam.

Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan terhadap suspek berusia 30 tahun.

Terdahulu, individu itu direman selama lima hari oleh polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi siasatan kes sama.

Pada 26 Julai lalu, akhbar sama melaporkan kertas siasatan penceramah bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol seorang remaja perempuan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 27 Julai untuk tindakan selanjutnya.

Azmi Abu Kassim 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya percaya siasatan dapat dilengkapkan pada keesokan hari iaitu 27 Julai, sebelum dirujuk biarpun masih ada sedikit perkara lagi yang perlu diselesaikan.

“Setakat hari ini, siasatan yang kita jalankan masih belum lengkap, masih ada sedikit lagi kenyataan yang perlu kita kumpul dalam kes ini.

“Sama ada sambung reman atau tidak esok masih bergantung sepenuhnya kepada keputusan TPR selepas meneliti kertas siasatan yang akan dihantar esok.

“Jadi, kita tunggu apa keputusan Timbalan Pendakwa Raya. Jika boleh dituduh kita akan tuduh suspek esok,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Latihan Dalam Perkhidmatan, Pengenalan dan Pengendaliaan Bot Kontinjen Kuala Lumpur, di ibu negara pada 26 Julai lalu.

Katanya, kertas siasatan yang akan dirujuk esok adalah berdasarkan laporan polis yang telah diterima dari mangsa rogol di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, suspek berusia 30-an itu telah direman oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selama empat hari sejak Ahad hingga Rabu (27 Julai) bagi membantu siasatan polis.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 18 Julai lalu kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jangan nanti masyarakat hilang hormat kepada agamawan


End©Permadu


 
Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpel
ihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?