SYED SADDIQ HANCURKAN HARAPAN RAKYAT

Politik, Agama dan Belia di Malaysia
Warna sebenar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buktikan beliau bukan pemimpin yang boleh diharapkan

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,
menteri belia dan sukan

DALAM tempoh beberapa hari sahaja, menteri belia dan sukan yang baru berusia 26 tahun itu telah mencipta dua malapetaka untuk dirinya sendiri.


Pertama, membawa masuk syarikat teksi motorsikal dari Indonesia Go-Jek.  Lebih 200 ribu motorsikal dijangka menghantar penumpang di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama di Malaysia. Syarikat tempatan diabaikan.


Kedua, membuat pusingan-U paling tajam, berdamai dengan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik. Merestui pakar perbandingan agama itu terus tinggal di negara ini walaupun sebelum ini begitu tegas meminta "ulamak" itu meninggalkan negara ini.


Majlis simbolik kedamaian itu dizahirkan di majlis makan malam untuk Dr Zakir Naik bersama rakan berambut panjangnya di kediaman menteri itu sendiri.


Menurut sumber, salah satu sebab Syed Saddiq memilih untuk berdamai dengan Dr Zakir Naik kerana takut untuk menerima cabaran "ulamak Islam dari India" itu untuk berdebat dengannya.

Mariam Mokhtar

Penulis politik wanita paling garang Mariam Mokhtar melahirkan kekesalannya terhadap Syed Saddiq yang mengesyaki ahli parlimen Muar penggal pertama itu sebagai bodoh, dungu, bangang dan bahalol.

A Kadir Jasin, penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri
...mendoakan Syed Saddiq menjadi perdana menteri di suatu hari nanti

Dalam rencana bahasa Inggeris yang disiarkan Malaysiakini semalam, Ahad 25 Ogos 2019, Mariam melihat Syed Saddiq sebagai pemimpin yang profilnya tiada pengalaman kerja, terus dilantik perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri penuh yang penting menjaga hal ehwal belia dan pembangunan sukan di negara ini selepas Pakatan Harapan (PH) menang pilihanraya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Mariam Mokhtar berbicara tentang rasuah


Mariam menilai Syed Saddiq kini semata-mata sebagai boneka Dr Mahathir yang akan menari mengikut rentak cak kun cak perdana menteri itu pada bila-bila masa.


Syed Akbar Ali, tokoh pemikir berprofil tinggi

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Akbar Ali di blognya OutSyed The Box hari ini memaparkan gambar Dr Zakir Naik bersama pengganas kejam kelahiran Pakistan atas nama Islam, Masood Azhar.


Masood dilaporkan terlibat dan dikaitkan dengan aktiviti keganasan dalam pembunuhan 14 orang di bangunan parlimen India pada Disember 2001, pembunuhan 209 orang di Mumbai pada 7 Disember 2008, pembunuhan 16 orang di pengkalan tentera udara India di Pathankot pada 2016; dan pembunuhan 44 anggota polis dalam serangan Pulwama ketika konvoi di lebuhraya Jammu Srinagar India pada 14 Februari 2019.


Masood Azhar menjalankan aktiviti keganasan melalui pertubuhan Jaish-e- Mohammed (JeM) yang dikendalikannya dan keluarga seperti sebuah perniagaan. JeM dibantu ISI Pakistan, Taliban serta Osama ben Laden.

Abdul Rahim Mohd Noor,
bekas ketua polis negara

Pada 19 Ogos 2019, bekas ketua polis negara Abdul Rahim Mohd Noor dilaporkan mencadangkan Dr Zakir Naik meninggalkan negara ini dengan segera tanpa perlu menunggu hasil siasatan.


Beliau juga mempersoalkan mengapa ramai tokoh agama Islam yang lain tidak mengalami masalah di India kecuali Zakir.


Dengan modal membuat perbandingan agama, Dr Zakir Naik dilihat tidak menghormati kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia dan telah melukakan hati para penganut agama lain.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country