ANTARA DUA DARJAT
PENDAPATAN TINGGI CEO YANG KETERLALUAN
Tulisan S Arutchelvan yang boleh membuatkan anda merasa pilu
Arutchelvan sempat bertanya, inikah rompakan di siang hari?
Tulisan S Arutchelvan yang boleh membuatkan anda merasa pilu
S Arutchelvan, timbalan pengerusi PSM |
DI SAAT rakyat biasa yang miskin, majoritinya orang Melayu, berperang dengan pelbagai kepayahan hidup, anda boleh menitiskan air mata bila membandingkannya dengan pendapatan seseorang CEO (ketua pegawai eksekutif).
Apatah lagi jika CEO itu berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Adakah seseorang CEO itu benar-benar berkesan dan berbaloi untuk dibayar sedemikian rupa.
Artikel ini merujuk kepada tulisan bahasa Inggeris seorang tokoh politik, timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan yang disiarkan Malaysiakini hari ini, Jumaat 30 Ogos 2019.
Dapatan Arutchelvan menunjukkan gaji terkumpul seorang pembersih (cleaner) di Malaysia untuk tempoh enam tahun adalah bersamaan dengan gaji sehari seorang CEO!
Purata gaji sebulan seorang pembersih adalah RM1,100. Lebih memeranjatkan ada pembersih yang sudah berkhidmat selama 30 tahun masih mendapat gaji RM1,100 sebulan akibat manipulasi sistem pekerjaan kontrak.
Seorang pengawal keselamatan yang berkhidmat dengan syarikat keselamatan pula akan menerima gaji kasar (sebelum ditolak caruman KWSP dan Perkeso) RM1,700 sebulan dengan bekerja 12 jam sehari tanpa cuti mingguan dalam bulan tersebut.
Walaupun Akta Pekerjaan menetapkan jumlah jam maksimum bekerja seminggu adalah 48 jam, seorang pengawal keselamatan bekerja 84 jam seminggu! Sekiranya sakit dan cuti, gaji dipotong dengan banyak sekali.
Inilah realiti yang sedang berlaku di Malaysia. Perhambaan tidak ketara.
Sekarang mari kita lihat gaji beberapa orang CEO di Malaysia. Bukan di zaman BN memerintah sahaja. Di bawah kerajaan PH pun dua kali lima.
Arutchelvan sempat bertanya, inikah rompakan di siang hari?
Angka-angka gaji ini diperolehi dari laporan-laporan penerbitan awam dan senarai indeks KLCI dari FTSE Bursa Malaysia (kiraan tepat sehingga 31 Mei 2018).
Jumlah gaji dan elaun setahun RM7.8 juta dalam tahun 2017.
Bersamaan RM652,416 sebulan.
Jumlah gaji dan elaun setahun RM1,013,352 dalam tahun 2017.
Bersamaan RM84,446 sebulan.
Dibayar gaji RM2,400,000 dan bonus RM4,300,000.
Menurut laporan, jumlah pendapatan bagi tahun 2017 adalah RM8.7 juta.
Bersamaan RM727,916 sebulan.
Tenaga Nasional Berhad
(yang sentiasa mencadangkan kenaikan tarif elektrik untuk dibebankan kepada para pengguna)
CEO Azman Mohd
CEO Azman Mohd
Gaji RM3,494,120 dan bonus RM3,000,000 dalam tahun 2017.
Bersamaan RM541,176 sebulan.
Menurut laporan, pendapatan keseluruhan beliau adalah RM7,247,219 bersamaan RM603,935 sebulan dalam tahun 2017.
CEO berpendapatan paling tinggi di Malaysia
Baru-baru ini, pegawai rapporteur khas Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) berkaitan kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Philip Alston merumuskan bahawa kemiskinan tegar di Malaysia bukan 0.4 peratus seperti dilaporkan. Sebaliknya, menghampiri 15 peratus.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Azmin Ali yang semakin pulih dari "konspirasi video" dengan segera menjawab rumusan Alston sebagai tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pula memberi reaksi beliau akan mengkaji dan melihat semula angka-angka itu. Namun beliau sempat mempersenda Alston dengan berkata ianya tidaklah seteruk apa yang dirumuskan oleh seseorang yang datang hanya sehari, tinggal di hotel besar dan kemudian membuat penghakiman.
oleh Fauzi Kadir ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
ReplyDeleteWA : +85587781483