"TIDAK LAMA LAGI... SAYA AKAN MATI," KATA DR MAHATHIR
Rencana Politik Bahasa Melayu
Dr Mahathir perjelas mengapa beliau tergesa-gesa
"Jadi, saya tergesa-gesa. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, tetapi saya hendak cepat kerana saya sedar saya sudah tidak ada banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat di negara ini," kata perdana menteri Malaysia yang bakal menyambut hari lahir ke 94 Julai ini.
Dr Mahathir perjelas mengapa beliau tergesa-gesa
Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia |
DALAM satu wawancara khas dengan Focus Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai masa yang panjang dan sebab itu kelihatan seperti tergesa-gesa.
"Saya bertuah untuk hidup selama ini. Sebenarnya, saya tidak patut hidup lagi untuk menyaksikan apa yang berlaku terhadap pengganti saya tetapi saya bernasib baik kerana saya bukan sahaja tua tetapi masih berupaya berfungsi.
Dr Mahathir Mohamad |
"Tapi saya sedar saya sangat tua dan tidak lama lagi saya akan kehilangan kudrat dan saya akan mati.
"Jadi, saya tergesa-gesa. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, tetapi saya hendak cepat kerana saya sedar saya sudah tidak ada banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat di negara ini," kata perdana menteri Malaysia yang bakal menyambut hari lahir ke 94 Julai ini.
Ahli parlimen Langkawi itu juga maklum beliau cuma perdana menteri sementara dan menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan apabila tiba masanya.
Dr Mahathir berkata beliau akan melakukan yang terbaik selagi memegang amanah sebagai perdana menteri.
"Jika diminta berundur, saya akan pergi kerana tiada tarikh khusus yang diberikan.
"Saya hanya diberitahu (oleh Pakatan Harapan sebelum PRU14) bahawa saya perdana menteri dari pakatan pembangkang, tetapi mereka tidak memperincikan tarikhnya.
"Mereka telah berkata saya hanya (perdana menteri) sementara dan akan ada orang lain yang akan mengambil alih. Saya fikir masanya mungkin lama sebelum pilihan raya umum akan datang," Dr Mahathir dipetik sebagai berkata.
Tahun lalu, Dr Mahathir Mohamad memimpin Bersatu, PKR, DAP dan Amanah sebagai parti-parti komponen Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia selama 61 tahun.
Suami penyayang kepada Siti Hasmah Mohd Ali itu juga telah mencipta rekod sebagai pemimpin eksekutif negara yang paling tua di dunia.
oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment