MENTERI INGATKAN PENGKRITIK RAJA-RAJA MELAYU DI MEDIA SOSIAL
(Berita Bahasa Melayu)
MENTERI Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Gobind Singh Deo berkata pihak berkuasa akan memantau semua ulasan di media sosial berkaitan institusi diraja menjelang mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
"Kami mempunyai sistem pemantauan di MCMC. Sekiranya ada laporan dibuat, siasatan akan dijalankan. Kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara dan keputusan akan dibuat ke atas perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.
Beliau menasihatkan para pengguna media sosial supaya berhati-hati dengan apa yang hendak disampaikan secara terus di dalam talian.
Raja-Raja Melayu akan bermesyuarat pada 24 Januari 2019 untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang telah membuat keputusan turun takhta pada 6 Januari 2019.
Pada masa ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja Melayu (gambar ihsan Bernama) |
Beliau menasihatkan para pengguna media sosial supaya berhati-hati dengan apa yang hendak disampaikan secara terus di dalam talian.
Sultan Muhammad V ...turun takhta |
Raja-Raja Melayu akan bermesyuarat pada 24 Januari 2019 untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang telah membuat keputusan turun takhta pada 6 Januari 2019.
Pada masa ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia/Permadu Harmony
Semua Hak Cipta Terpelihara
2019 Hak Cipta Fauzi Kadir
Hubungi Kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
Semua gambar susunan
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment