Posts

YUSOF HASLAM PUN KALAH

Image
Siapa kata ahli politik tak pandai berlakon Yusof Haslam pun kalah Dibawa kepada anda oleh  Fauzi Kadir  untuk   Permadu Malaysia ● 2020 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami  +6011 1185 9874 atau  permadu@gmail.com Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang Zafiyah Hussain Kumpulan Permadu Media Blog  Permadu Malaysia Facebook  Permadu Harmony Page  Permadu Station Audio Visual  Permadu TV Music  Permadu Music Yang penting lakonan mesti natural. Tidak kaku. Tidak mencuri pandang kamera. Yusof Haslam pun kalah.. Dibawa kepada anda oleh  Fauzi Kadir  untuk   Permadu Malaysia ● 2020 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami  +6011 1185 9874 atau  permadu@gmail.com Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang Zafiyah Hussain Kumpulan Permadu Media Blog  Permadu Malaysia Facebook  Permadu Harmony Page  Permadu Station Audio Visual  Permadu TV Music...

ANWAR SEBENARNYA TAK CUKUP SOKONGAN DI PARLIMEN

Image
Yang tidak memahami strategi akan menyalahkan Anwar BEBERAPA orang penganalisis politik berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mempunyai sokongan mencukupi untuk menolak Belanjawan 2021 di Parlimen semasa bacaan kedua bil perbekalan pada Khamis 26 November 2020. James Chin dari Institut Asia, University of Tasmania berkata sebab itulah Anwar memilih untuk tidak bersetuju dengan undi belah bahagi kerana keputusan dari undi tersebut akan memalukan presiden PKR itu. Apatah lagi percubaan untuk mengambil alih Putrajaya September lalu sudah kelihatan gagal. "Agak jelas, percubaan mengambil alih kerajaan di tengah krisis Covid-19 dan pilihanraya negeri Sabah gagal.. Jika dia ada jumlah nombor sokongan yang mencukupi pun, nombor-nombor itu sudah tidak mempedulikannya lagi," James Chin dipetik FMT sebagai berkata. James Chin “Buat apa memilih undi belah bahagi kalau tak cukup sokongan. Jadi, dengan cara ini bolehlah dia beri keyakinan dia punya sokongan untuk mengh...

HADI AWANG TERIMA RASUAH?

Image
Abdul Hadi Awang (Gambar Sinar Harian) Dua kereta mewah dan sebuah rumah baharu SEBUAH blog agak berpengaruh semalam, Jumaat 27 November 2020 mendakwa presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang , dikatakan telah menerima ganjaran yang berunsur rasuah. Dakwaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dari satu catatan dalam akaun seorang individu pengguna Facebook . Toyota 4X4 Land Cruiser (Gambar pautan.org) Abdul Hadi dikatakan menerima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4X4), jenama Toyota, model Land Cruiser dan sebuah kenderaan jenis serbaguna, multi-purpose vehicle (MPV), jenama Toyota, model Fortuner. Dua kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai RM700,000 sahaja. Toyota Fortuner (Gambar wapcar.my) Selain itu, Abdul Hadi juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baharu, istimewa untuk isteri kedua beliau. Blog yang bertemakan reformasi itu menambah, setelah diselidiki, pengguna Facebook be...

SHEILA MAJID, SILA LETAK JAWATAN SEKARANG!

Image
  Dah 7 tahun jadi pengerusi RPM, masih gagal selesaikan masalah royalti artis PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) memulakan petisyen dalam talian mendesak Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM) , Datuk Sheila Majid , meletak jawatan selepas penyanyi itu didakwa gagal menyelesaikan isu royalti artis. Presiden Karyawan , Datuk Freddie Fernandez , mendakwa isu royalti masih belum menemui kesudahan yang baik meskipun sudah tujuh tahun Sheila memegang jawatan tersebut. “Dia sukar memberikan kerjasama selain gagal hadir beberapa perjumpaan diadakan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah , dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi . "Apabila jawatankuasa muzik di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengaturkan perjumpaan untuk selesaikan masalah royalti artis, dia tak datang mahupun hantar wakil. “Yang hadir cuma wakil Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) dan Public...

MENGAPA SYARIKAT DIRAJA TIADA TULISAN JAWI TAPI ADA TULISAN CINA? Lepas Nafi Ada Masalah Syarikat Durian Lantik Dua Pengarah

Image
Tulisan Cina ada, tulisan Jawi tiada AGAK menghairankan sebuah syarikat diraja, Royal Durian Pahang yang dipengerusikan oleh puteri kepada Yang di-Pertuan Agong memaparkan imej syarikat tanpa tulisan Jawi . Sebaliknya, berdasarkan gambar yang disiarkan Malay Mail hari ini, hanya terdapat tulisan Rumi dan tulisan Cina . Sedangkan sebelum ini, banyak media melaporkan semua perniagaan di Pahang diwajibkan memaparkan tulisan Jawi atas titah Sultan Pahang sendiri, secara kebetulan pada masa ini juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Keadaan ini menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi Menteri Besar dan Exco Pertanian hanya sekadar mampu berdiam diri. Sesungguhnya, Permadu Malaysia berpandangan keadaan ini merupakan satu penghinaan kepada Sultan Pahang kerana tidak menjunjung titah . Portal berita Bahasa Inggeris Malay Mail melaporkan Kumpulan  Royal Pahang Durian (RPD) telah melantik dua orang lagi ahli lembaga pengarah. Tengku Puteri Raja Tengku Puteri...