HADI AWANG TERIMA RASUAH?

Abdul Hadi Awang (Gambar Sinar Harian)

Dua kereta mewah dan sebuah rumah baharu

SEBUAH blog agak berpengaruh semalam, Jumaat 27 November 2020 mendakwa presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dikatakan telah menerima ganjaran yang berunsur rasuah.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dari satu catatan dalam akaun seorang individu pengguna Facebook.

Toyota 4X4 Land Cruiser (Gambar pautan.org)

Abdul Hadi dikatakan menerima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4X4), jenama Toyota, model Land Cruiser dan sebuah kenderaan jenis serbaguna, multi-purpose vehicle (MPV), jenama Toyota, model Fortuner.

Dua kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai RM700,000 sahaja.

Toyota Fortuner (Gambar wapcar.my)

Selain itu, Abdul Hadi juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baharu, istimewa untuk isteri kedua beliau.

Blog yang bertemakan reformasi itu menambah, setelah diselidiki, pengguna Facebook berkenaan mendapati dua buah kenderaan baru itu adalah pemberian dari seorang kontraktor yang telah berjaya mendapat kontrak untuk projek dari Putrajaya bernilai RM684 juta. 

Kejayaan menerima projek berkenaan dikatakan hasil pertolongan Abdul Hadi yang melobi perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui beberapa cara, termasuk menerusi perbualan telefon.

Kontraktor berkenaan, menurut tulisan di blog itu, menghadiahkan dua buah kenderaan dan sebuah rumah kepada Abdul Hadi sebagai tanda membalas budi, penghargaan dan ucapan terima kasih.

Menurut tulisan di blog itu lagi, Abdul Hadi menjelaskan, dua buah kenderaan mewah dan rumah baharu itu adalah hadiah dari seorang anak muridnya, dipercayai mempelajari hal-hal ilmu keagamaan.

Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan berita ini kerana tiada sumber jelas yang dapat membuktikan dakwaan itu.

Selain memegang jawatan presiden sebuah parti yang memperjuangkan Islam, Abdul Hadi Awang juga dikenali sebagai tokoh agamawan tersohor Malaysia dan pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia.

Kini beliau memegang jawatan Duta Khas Bertaraf Menteri mewakili perdana menteri untuk negara-negara Arab di Timur Tengah di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai sebuah organisasi yang berprinsip Berani, Bebas & Berkecuali, Permadu Malaysia tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berunsur rasuah, tanpa mengecualikan mana-mana individu, termasuk yang berada di tempat tertinggi di negara ini.

Artikel ini tidak bermaksud memburuk-burukkan imej Abdul Hadi. Sebaliknya, ia menjadi ruang dan peluang kepada beliau menyampaikan penjelasan supaya orang ramai mendapat gambaran lebih telus dari pihak dirinya.

Apatah lagi sekiranya ini merupakan satu fitnah.


oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?