MENGAPA SYARIKAT DIRAJA TIADA TULISAN JAWI TAPI ADA TULISAN CINA? Lepas Nafi Ada Masalah Syarikat Durian Lantik Dua Pengarah

Tulisan Cina ada, tulisan Jawi tiada



AGAK menghairankan sebuah syarikat diraja, Royal Durian Pahang yang dipengerusikan oleh puteri kepada Yang di-Pertuan Agong memaparkan imej syarikat tanpa tulisan Jawi. Sebaliknya, berdasarkan gambar yang disiarkan Malay Mail hari ini, hanya terdapat tulisan Rumi dan tulisan Cina.

Sedangkan sebelum ini, banyak media melaporkan semua perniagaan di Pahang diwajibkan memaparkan tulisan Jawi atas titah Sultan Pahang sendiri, secara kebetulan pada masa ini juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Keadaan ini menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi Menteri Besar dan Exco Pertanian hanya sekadar mampu berdiam diri.

Sesungguhnya, Permadu Malaysia berpandangan keadaan ini merupakan satu penghinaan kepada Sultan Pahang kerana tidak menjunjung titah.

Portal berita Bahasa Inggeris Malay Mail melaporkan Kumpulan Royal Pahang Durian (RPD) telah melantik dua orang lagi ahli lembaga pengarah.

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Gambar The Star)

Pengerusi kumpulan syarikat tersebut,  Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkata RPD melantik Dato Chang Si Fock @ Chong See Fock (Albert) dan Dato Sri Adnan Wan Mamat untuk menjadi pengarah anak syarikat itu.

“Berkuatkuasa serta-merta, Datuk Chang Si Fock @ Chong See Fock (Albert) dan Datuk Seri Adnan bin Wan Mamat akan dilantik sebagai pengarah syarikat-syarikat yang tersenarai di atas sebagai tambahan kepada peranan pemegang saham di syarikat-syarikat berkenaan,” Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Tengku Puteri Raja menambah, Datuk Chang See Fock akan menjadi timbalan beliau selaku timbalan pengerusi kumpulan, sambil menjamin kebertanggungjawaban mereka yang baru dilantik.

RPD juga mengumumkan perletakan jawatan salah seorang ahli lembaga pengarah, Datuk Mohan C. Sinnathamby, yang telah berkhidmat kepada kumpulan itu sejak 2016.

RPD sering berhadapan kontroversi akhir-akhir ini, berkaitan khabar angin yang mendakwa mereka dilanda ketidakpuashatian dalaman dan keruncingan kewangan sebelum berakan kongsi (usahasama) dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan kerajaan negeri Pahang untuk memastikan pertumbuhan industri durian Malaysia. 

Pengerusinya menafikan usahasama dilakukan di tengah RPD melalui krisis kewangan yang mengerikan atau disebabkan konflik dalaman sesama rakan kongsi.

Pada 18 November 2020, Bernama melaporkan RPD masih belum mencapai penyelesaian persetujuan dengan para pekebun durian di Raub mengenai pertikaian perundangan kebun durian.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Berasaskan Pertanian dan Bioteknologi Negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata pekebun haram yang bekerja di atas tanah berkenaan sepatutnya “menormalkan kebun mereka” apabila ditawarkan skim secara spesifik yang boleh memudahkan urusan mengeksport durian.


oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor