Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

 Kehilangan Anita terus jadi misteri

Hanya andaian tanpa dapat disahkan kebenarannya

Sekadar mengimbas rekod perkahwinan Anita Sarawak


TAK boleh dinafikan, bahawa setiap orang menginginkan pernikahan hanya terjadi sekali dalam seumur hidupnya. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa.

Penyanyi legenda yang sudah lama menghilang dari radar hiburan, pemilik nama sebenar Ithnaini binti Mohamed Taib atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak sudah ditakdirkan untuk beberapa kali bernikah sampai akhirnya benar-benar bertemu dengan jodoh yang sudah ditakdirkan untuknya. Ya, jodoh memang selalu tak diketahui manusia.

Rindu akan senyuman dan aksi lincahnya di pentas, kami mahu kongsikan kisah suka duka Anita dalam percintaan dan penikahan sepanjang dalam hidupnya.

Mohamed Abdul Samad

Kali pertama Anita berkahwin ialah dengan pemuzik dari Singapura, Mohamed Abdul Samad pada 1972. Namun ikatan pernikahan mereka terlerai selepas 4 tahun pada April 1976. Ada sumber mengatakan perkahwinan pertamanya itu bukan berlandaskan kepada cinta. Sebaliknya, dia berkahwin semata-mata kerana memenuhi permintaan Allahyarhamah ibunya.

Broery Marantika

Selepas 5 tahun bergelar solo, akhirnya pada tahun 1981, Anita memilih untuk berumah tangga kembali bersama penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian.

Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Namun tanpa diduga, perkahwinannya bersama Broery hanya bertahan selama 4 tahun.

James Dean Nicholas (JD)

Anita dikatakan membawa diri ke Amerika Syarikat dan mempertaruhkan nasib seninya di pusat hiburan terkenal, Caesar’s Palace. Di situ, hatinya telah dicuri oleh James Dean Nicholas (JD) bekas penyanyi kumpulan Commodores. Belum sempat mengecapi kebahagiaan dan nikmat sebenar alam berumah tangga, Anita terpaksa menerima hakikat pahit yang dia harus kembali menjalani kehidupan secara solo. Anita dan JD berpisah empat tahun kemudiannya.

Mohamad Mahathir Abdullah

3 kali gagal dalam perkahwinan, tidak bermakna Anita tidak mahu lagi berumah tangga. Pernikahannya yang keempat dengan Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001. Mahathir yang berketurunan Inggeris merupakan pengurus Anita. Pengantin baru itu berkenalan pada penghujung tahun 1999.

Difahamkan bibit-bibit perkenalan yang membuahkan percintaan antara Anita dan Mahathir itu bermula ketika Mahathir dan rakan-rakannya berkunjung ke Las Vegas untuk menonton aksi peninju dunia, Evander Holyfield . Mahathir kemudian menjadi pengurus Anita ketika beliau mengambil keputusan untuk kembali menetap di Singapura dan Malaysia pada tahun 2002.

Sembilan tahun menghilang

Pada tahun 2012, Anita dan Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat dan ramai mendakwa pasangan telah pulang kembali ke Amerika Syarikat.  Diam tak diam, sudah hampir sembilan tahun Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita hilang daripada radar dunia hiburan.

Sejak sembilan tahun lalu jugalah macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.



Adaptasi berdasarkan dari sebuah artikel tulisan Phic Arman yang disiarkan blog Murai pada 16 Januari 2019



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel