Usaha Anwar perangi rasuah sepanjang empat tahun lalu wajar diiktiraf, kata A Kadir Jasin
Menerusi satu hantaran di Facebook, tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini menzahirkan rasa risau mengenai kemungkinan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU16.
Kadir yang juga bekas penasihat komunikasi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perang Anwar membanteras rasuah bukanlah sempurna, namun usahanya sepanjang empat tahun lalu wajar diiktiraf.
Bagaimanapun, katanya, satu titik hitam besar dalam usaha antirasuah Anwar ialah pelantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian pelepasannya tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes Yayasan Akalbudi.
DNAA itu diberikan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, namun kes berkenaan kemudiannya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
“Masa depan perang menentang ‘sakau’ kelihatan suram apabila Anwar berisiko besar kalah pada PRU16 nanti, manakala Zahid pula dicanang sebagai bakal perdana menteri ke-11 oleh golongan kanan Melayu.
“Anwar ini jauhlah daripada sempurna, tetapi prospek Zahid sebagai penggantinya amat mengecewakan. Kita minta perlindunganlah daripada Allah dan mohon petunjukNya,” katanya seperti dipetik FMT.
Sebelum ini, penganalisis politik Encik Ong Kian Ming meramalkan Zahid bakal menjadi perdana menteri seterusnya jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk pakatan dan memenangi PRU16.
Badan pemikir Ilham Centre pula meramalkan gabungan BN-PN mampu menyapu bersih sehingga 122 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU16.
Pakatan BN-PN sudah pun menang besar pada PRN Negeri Sembilan dan Melaka, di mana pakatan itu menang majoriti dua pertiga di kedua-dua Dewan Undangan Negeri.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment