Setelah beberapa kali tukar pendirian, Menteri Besar Negeri Sembilan kembali ke pendirian asal
"Anda semua sudah baca, semua dah tular. Semua media dah banyak komen. Jadi, saya mengesahkanlah surat itu. Surat itu sudah cukup jelas dan tidak memerlukan penjelasan lanjut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban hari ini.
Surat bertarikh 10 November itu menarik balik kandungan surat persembahan maklum kepada Raja-Raja Melayu bertarikh 17 September lalu berhubung kedudukan Tuanku Muhriz.
Menurut surat berkenaan, keputusan itu mengambil kira kenyataan Raja-Raja Melayu pada 14 Oktober serta perintah Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Jun yang mengekalkan status quo kedudukan baginda.
Ismail dan 10 bekas exco turut mengambil maklum seruan Raja-Raja Melayu supaya segala perbezaan diselesaikan melalui saluran yang sah, berautoriti dan berwibawa, secara beradab dan beradat.
Mereka menyatakan usaha penyelesaian perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negeri serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Belum menghadap Tuanku Muhriz
Ditanya mengenai kedudukan 10 bekas exco itu, Ismail berkata dia belum dapat mengulas lanjut kerana belum dapat menghadap Tuanku Muhriz.
"Setakat ini, sebab belum dapat menghadap Tuanku, jadi tak dapat apa berita lagi. Kedudukan exco tiada perbincangan lagi setakat ni.
"Kalau dah dapat menghadap, kita akan terima pandangan Tuanku... sekarang saya belum dapat beri komen apa-apa," katanya.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Tuanku Muhriz tidak berangkat ke majlis Deepavali berkenaan.
Media sebelum ini dimaklumkan baginda dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dijadualkan berangkat ke majlis itu.
Majlis tersebut dihadiri Undang Luak Rembau Datuk Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Jelebu Datuk Azrin Khairi, yang pelantikan mereka tidak dipertikaikan.
Menurut laporan itu, majlis berlangsung dalam suasana harmoni dengan kehadiran Ismail serta ADUN kerajaan dan pembangkang.
Wakil rakyat BN dan PH dilihat duduk semeja, saling bertegur sapa dan bergambar bersama.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim turut hadir.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment