Profesor terkejut pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina dari RM4.6 juta kepada RM 1,000 sahaja

Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.berpandangan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 disifatkan sebagai tindakan mengejutkan dan tidak munasabah.

Menurut laporan portal berita 1Media semalam, Felo Kanan Majlis Profesor Negara itu dipetik sebagai berkata, perbezaan ketara antara kadar premium asal dengan jumlah baharu sukar diterima dan berpotensi mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, kadar premium asal sebanyak RM4.67 juta sudah tentu ditetapkan berdasarkan asas serta pertimbangan yang konkrit, meskipun bangunan KLSCAH telah diwartakan sebagai tapak warisan pada 2007.

Beliau turut mempersoalkan keputusan pengurangan tersebut yang dibuat tidak lama selepas berlakunya perubahan kepimpinan dalam portfolio berkenaan.

Pada 14 November lalu, kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000 berbanding anggaran terdahulu kira-kira RM4.67 juta.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Cik Hannah Yeoh Tseow Suan pada majlis makan malam ulang tahun KLSCAH ke-103.

Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan sebelum itu meluluskan penyerahan dan pemberian milik semula tanah berkenaan bagi kegunaan institusi pada 14 September lalu.

Dalam pada itu, Teo turut membangkitkan persoalan berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam majlis pengumuman berkenaan. Katanya, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sewajarnya diberikan keutamaan dalam acara rasmi kerajaan.

Bagaimanapun, Hannah menjelaskan bahawa pengurangan premium itu mengambil kira perubahan status tanah daripada komersial kepada institusi, selain sekatan terhadap pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah.

Beliau berkata, pertubuhan itu turut memohon pertimbangan khas berdasarkan status bangunan sebagai warisan serta sifatnya yang bukan berasaskan keuntungan.

Teo bagaimanapun berpendapat keputusan pengurangan premium berkenaan perlu diberikan perhatian kerana, menurutnya, ia berpotensi mencetuskan polemik dan menjejaskan keharmonian sosial negara.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country