Peguam Negara: Bukan ingkar titah Agong, tapi kecacatan Order of Discharge Mahkamah Tinggi

Merujuk laporan dari akhbar Berita Harian, Buletin TV3 menyiarkan berita bahawa Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, semalam membangkitkan persoalan mengenai ketelitian penyediaan dokumen rasmi kehakiman yang menjadi rujukan dalam pelaksanaan perintah tahanan rumah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Mengulas kecacatan didakwa pada dokumen Order of Discharge Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkait hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu yang mencetuskan persoalan dalam kalangan pengamal undang-undang, beliau berkata, ia sepatutnya tidak timbul sekiranya pihak terbabit mengambil langkah meneliti setiap butiran dengan cermat dan teliti.

Mohd Dusuki dilapor menegaskan kepada akhbar berkenaan, kecacatan yang dikesan pada dokumen tersebut adalah sesuatu yang ketara dan tidak sepatutnya berlaku dalam sistem perundangan negara.

“Perkara ini tak patut berlaku jika pihak berkenaan teliti. Kesilapan ini adalah ketara dan menyebabkan timbul masalah yang tak sepatutnya,” katanya.

Kecacatan pada dokumen berkenaan yang dipersoalkan, khususnya membabitkan ketepatan penggunaan istilah dan peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, laporan berita itu tidak memperincikan kecacatan yang didakwa Peguam Negara.

Dokumen itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi selepas denda RM50 juta disyaratkan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu bagi menjalani baki hukuman penjaranya di rumah, dilunaskan hasil kutipan melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian mengambil tindakan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi sebenar Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Keputusan AGC itu telah mencetuskan kemarahan para penyokong Najib termasuk UMNO yang bertindak mengecam dengan motif sebenar diketahui oleh mereka sendiri.

Malah, pemimpin UMNO, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat kenyataan agak semberono tanpa usul periksa mendesak Peguam Negara segera bercuti.

https://www.facebook.com/share/v/1A4FYarKTk/

Untuk tonton video, tekan lama pautan di atas, kemudian tekan Open

Keputusan AGC itu juga ditegur Istana Negara yang menyifatkan sebarang hujah mempertikai perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara menegaskan, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi dan pelaksanaannya tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.

Ia turut menegaskan perintah pengampunan itu adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak mempunyai kaitan mana-mana kes lain dihadapi Najib.

Sementara itu, Mohd Dusuki dilaporkan enggan mengulas lanjut ketika ditanya wartawan akhbar Berita Harian mengenai sesi menghadap Sultan Ibrahim bagi menjelaskan persoalan perundangan susulan pembayaran denda RM50 juta itu.

Bagaimanapun, akhbar itu mendakwa sumber memberitahu sesi berkenaan kemungkinan berlangsung Selasa ini.

Pada 18 September lalu, Najib, 73, menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya pada 23 Ogos 2022 dan beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada hari sama.

Beliau mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022 sebelum permohonan itu dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024.

Pada 2 Februari 2024, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country