Mail nampak lembik, sekali bertindak baru UMNO terkejut

Selepas empat hari “berdiam diri” tanpa sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim hari ini memberikan bayangan tentang kemungkinan ada perkembangan penting esok.

Menurut laporan agensi berita rasmi Malaysia Bernama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dikatakan akan menghadap Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap di Seremban, esok.

“Jumpa esok, empat hari tak dapat cari saya, esok cari saya…saya okay, sihat, Alhamdulillah. Terima kasih,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai kemelut pentadbiran negeri itu.

Bagaimanapun, Ismail tidak memperincikan maksud kenyataan ringkas beliau itu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Zakat Negeri Sembilan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Mohd Zafir Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri Masri Razali.

Isnin lepas, Ismail, 67, dilaporkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 Ogos lepas.

Istana Negeri Sembilan pada Selasa memaklumkan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Pada hari yang sama, Tuanku Muhriz dilaporkan berkenan menerima menghadap Ismail susulan kemelut melanda negeri itu, dengan sesi menghadap berlangsung dari kira-kira 5 petang hingga 6.30 petang.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country