Zahid Hamidi bakal PM ke-11 lepas PRU16?

Anwar dan PH diramal kalah teruk, UMNO dan PAS dijangka berebut nak jadi PM

Stesen talivisyen swasta dan portal berita terkenal di Malaysia melaporkan seorang penganalisis politik berpandangan rakyat wajar tahu siapa bakal perdana menteri sebelum Parlimen dibubarkan, bukan selepas rundingan tertutup jika gabungan Barisan Nasional (BN) dan PAS berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), dari sudut akauntabiliti.

Astro Awani memetik Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar sebagai berkata, gabungan itu tidak semestinya harus menamakan calon perdana menteri sekarang, tetapi perlu ada calon nama selewat-lewatnya sebelum Parlimen dibubarkan memandangkan penggal akan tamat pada Disember 2027.

Beliau menegaskan, sekurang-kurangnya BN dan PAS perlu mengumumkan formula seperti parti yang menang kerusi terbanyak boleh menamakan perdana menteri mereka kalau pun belum boleh sepakat tentang nama calon itu.

“Kalau tidak (menamakan calon perdana menteri), pengundi macam diminta tandatangan cek kosong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya menggesa PAS menyatakan pendirian sama ada bersedia menerima Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri jika BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU16.

Mahfuz membangkitkan persoalan itu susulan ramalan penganalisis politik Encik Ong Kian Ming bahawa Ahmad Zahid berpotensi mendapat sokongan Sabah dan Sarawak untuk menjadi perdana menteri jika BN dan PAS atau PN membentuk kerajaan selepas PRU akan datang.

Bagaimanapun, Dr. Rusdi menjelaskan, jika mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebenarnya tidak ada kewajipan untuk mana-mana parti menamakan calon perdana menteri sebelum pilihan raya sebagaimana tertakluk kepada Perkara 43(2)(a) iaitu Agong melantik Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti.

Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk parti gabungan menamakan calon perdana menteri seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada PRU14. 

Pada PRU15 pula, katanya, semua gabungan mempunyai ‘poster boy’ mereka seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita pun sudah rasa sendiri pada 2022, bila tidak ada gabungan cukup 112 kerusi, keadaan menjadi tidak menentu.

“Untuk BN dan PAS, saya nampak tiga perkara, pertama, mereka dalam dilema. Kalau dinamakan terlalu awal, kerjasama yang belum muktamad boleh retak. Tengok saja apabila Bersatu menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon PM ke-11, pemimpin PAS sendiri dilihat kurang senang.

“Tetapi kalau terus berdiam, lawan akan terus serang isu ini. PAS sendiri pernah kata mereka ada calon perdana menteri sendiri,” ujarnya.

Dr. Rusdi turut mengulas berkenaan isu kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid, katanya, dari segi undang-undang, beliau tidak pernah disabitkan dan mendapat melepas tanpa membebaskan (DNAA) untuk 47 pertuduhan kes Yayasan Akalbudi pada September 2023, selain Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) pada 8 Januari 2026.

“Cuma keputusan itu masih dicabar Badan Peguam di mahkamah. Jadi isunya bukan undang-undang, tapi persepsi dan integriti, dan itu boleh menjejaskan sokongan pengundi atas pagar serta akar umbi PAS,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, parti gabungan Sabah dan Sarawak perlu diambil perhatian kerana mereka memegang 56 daripada 222 kerusi, atau lebih kurang 25 peratus jumlah keseluruhan.

Tegasnya, keadaan itu sekali gus akan menimbulkan kesukaran untuk membentuk kerajaan jika blok Borneo sendiri tidak menerima nama calon perdana menteri yang dicadangkan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

  1. Yang akan menentukan kemenangan sesaorang calun yang mewakili parti-parti tertentu atau siapa yang bakal menjadi PMXI, bukanlah bergantung kepada mana-mana ramalan profesor samada kangkung atau bukan kangkung. Ianya bergantung kepada mentaliti dan tahap kecerdasan fikiran pengundi. Jika majoriti pengundi di sesuatu kerusi DUN atau Parlimen masih mempercayai bahawa Najib dipenjara kerana permainan politik, Laporan RCI Tabung Haji juga adalah tindakan politik, isu FELDA sengaja diada-adakan....UMNO letaklah biawak mana pun bertanding, calun mereka akan memenangi kerusi tersebut. Sebabnya majoriti pengundi di kerusi tersebut terdiri dari golongan OKU (terencat akal) kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat