Yang Dipertuan Besar bertindak di

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Hishamudin Mohd Yunus, berkata kewajipan perlembagaan raja pemerintah bertindak atas nasihat menteri besar tidak bermakna lantikan exco hanya boleh dibatal atas nasihat, tanpa mengira keadaan.

Seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan berpandangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertindak dalam lingkungan kuasa baginda selepas membatalkan pelantikan 10 Exco.

Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, yang kini pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), berkata Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mempunyai prerogatif diraja membatalkan pelantikan Exco berkenaan apabila berdepan ‘situasi luar biasa dan penderhakaan’.

“Seramai 10 Exco negeri yang dilantik baginda selepas mengangkat sumpah setia, secara tidak sah, dan bertentangan dengan perlembagaan telah menyeru agar Tuanku Muhriz dilucutkan jawatan sebagai raja pemerintah negeri. Satu tindakan yang tidak terjangkau akal,” katanya dalam kenyataan.

Hishamudin berkata, adalah ‘tidak munasabah’ untuk mendakwa dalam keadaan sedemikian raja pemerintah negeri hilang keupayaan dari segi undang-undang dan hanya boleh memecat ahli Exco atas nasihat Menteri Besar, sedangkan Menteri Besar sendiri turut menyokong pelucutan jawatan baginda.

Kerajaan Negeri Sembilan telah mewartakan pembatalan pelantikan Exco tersebut pada 24 September, dengan pemecatan mereka berkuat kuasa 20 September.

Pemecatan dibuat seminggu selepas mereka mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan pelucutan jawatan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar. Menteri Besar Datuk Ismail Lasim menyokong kenyataan berkenaan sehari kemudian.

Namun, Ismail menegaskan exco yang dipecat itu masih memegang jawatan sah dan akan terus menjalankan tugas masing-masing.

Prerogatif diraja terpelihara

Menurut Hishamudin, prerogatif diraja bagi raja pemerintah terpelihara mengikut Perkara 79 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), yang dibaca bersama Perkara 38(5).

Di bawah Perkara 38(5), seseorang Exco, selain Menteri Besar, hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan raja pemerintah melainkan pelantikan ahli tersebut dibatalkan raja pemerintah atas nasihat Menteri Besar.

Perkara 79 memperuntukkan bahawa melainkan dinyatakan sebaliknya, UUTKNS tidak akan menjejaskan prerogatif, kuasa, dan bidang kuasa Yang Dipertuan Besar serta Undang Yang Empat.

Hishamudin berkata, kewajipan perlembagaan bagi raja pemerintah untuk bertindak atas nasihat Menteri Besar tidak bermakna pelantikan seseorang Exco hanya boleh dibatalkan atas nasihat sedemikian, tanpa mengira apa jua keadaan.

“Tafsiran sedemikian bermakna sekiranya tiada nasihat daripada Menteri Besar, Exco negeri bebas melanggar sumpah jawatan mereka, serta boleh melakukan tindakan penderhakaan dan hasutan terhadap raja pemerintah negeri tanpa sebarang hukuman.

“Tafsiran seperti itu adalah tidak benar dan hanya akan membawa kepada anarki,” katanya.

Beliau berkata, prerogatif diraja bagi seseorang raja berperlembagaan bersifat tersedia dalam perlembagaan moden bagi menangani situasi yang luar biasa dan mendesak, namun ia perlu dilaksanakan secara berhemat demi mendaulatkan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

“Sudah tentu, mekanisme semak dan imbang perlu ada: penggunaan kuasa prerogatif akan dikawal oleh mahkamah.

“Dalam konteks krisis perlembagaan Negeri Sembilan ketika ini, kuasa prerogatif diraja telah dilaksanakan dengan sewajarnya dan secara bijaksana oleh raja pemerintah demi kebaikan negeri,” kata Hishamudin.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat